Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 27 April 2011

ALAHAI DUN SELANGOR

Peguam fail saman pemula terhadap DUN Selangor
DARI UTUSAN MALAYSIA
27.4.2011



SHAH ALAM 26 April - Peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun hari ini memfailkan saman pemula terhadap Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan dua yang lain berhubung notis mengarahkannya menghadiri perbicaraan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Selangor pada Jumaat ini.

Beliau yang juga peguam kepada Ahli DUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah diarahkan berbuat demikian melalui notis yang diterima pada 12 April lalu untuk menjawab tuduhan menghina DUN berkenaan.

Saman pemula itu difailkan oleh Mohd. Hafarizam melalui firma guamannya, Tetuan Hafizam Wan & Aisha Mubarak kira-kira pukul 3 petang ini di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini.

Selain DUN tersebut, beliau menamakan Setiausaha JKHK, Mohamad Yasid Bidin dan jawatankuasa itu sendiri sebagai defendan kedua serta ketiga.

Dalam saman tersebut, beliau memohon deklarasi bahawa notis yang dikeluarkan oleh defendan kedua itu adalah terbatal kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Beliau juga memohon deklarasi bahawa notis itu adalah ultra vires (melampaui batasan undang-undang) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, Jadual Kuasa dan Kebebasan Dewan Undangan, Peraturan Tetap DUN Selangor dan Enakmen Penghinaan Dewan (Negeri Selangor) 2009 atau semua undang-undang yang relevan.

Turut dimohon adalah deklarasi bahawa beliau selaku peguam cara dan peguam bela di Mahkamah Tinggi Malaya berhak melaksanakan tanggungjawab dan peranannya tanpa perasaan takut atau berat sebelah.

Ekoran itu, plaintif memohon surat tuntutan yang dikeluarkan oleh firma guamannya kepada firma guaman, Tetuan Tommy Thomas yang mewakili Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim, pada 29 Mac lalu tidak boleh dianggap sebagai suatu penghinaan terhadap DUN.

Surat tuntutan itu adalah bagi menuntut kos RM40,000 yang perlu dibayar oleh Chang Khim kepada Badrul Hisham seperti diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 18 Februari lalu berhubung permohonan anak guamnya untuk mengekalkan status sebagai wakil rakyat di kawasannya.

Sementara itu, Mohd. Hafarizam ketika ditemui pihak media menyatakan, beliau tidak dapat hadir ke JKHK kerana pada hari yang sama iaitu 29 April ini, permohonan Badrul Hisham akan didengar oleh Hakim Datuk Zaleha Yusof.

Ditanya mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menggelarnya sebagai peguam UMNO, Mohd. Hafarizam berkata, tiada istilah peguam UMNO dalam Akta Profesion Guaman.

''Itu kenyataan politik. Ia tidak berdasarkan Akta Profesion Guaman,'' katanya.

KOMEN : MAKIN LAMA MAKIN BERCELARU DUN SELANGOR NI. ALMAKLUMLAH KERAJAAN YANG ADA PUN JENIS KAKI BANGKANG DAN TAK TAHU NAK BUAT KERJA. BAYAR AJE TUNTUTAN YANG PERLU DIBAYAR. KALAU TAK ADA DUIT, ITU DUIT RAKYAT SELANGORKAN BANYAK PAKAI AJE. RAKYAT YANG MENYOKONG MESTI TAK MARAH TAPI KENA INGAT RAKYAT YANG TAK MENYOKONG KAMU TU MARAH SANGAT... ITU KES ADUN DERHAKA TU UPAH PEGUAM DAH BAYAR?

No comments: