Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 18 April 2011

Polis siasat dakwaan Raja Petra


Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my
2011/04/18


Beberapa individu dipanggil beri keterangan mengenai maklumat kes Altantuya

KUALA LUMPUR: Polis memanggil beberapa individu untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan dakwaan Raja Petra Kamaruddin, mengenai pihak didakwa menyalur maklumat kepadanya supaya membuat akuan bersumpah (SD), mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Beberapa individu itu dipanggil selepas polis percaya mereka dapat membantu siasatan berhubung dakwaan pengendali portal Malaysia Today terbabit, susulan kertas siasatan mengenainya dibuka sebaik laporan polis diterima minggu lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada mereka yang dipanggil termasuk Kolonel Azmi Zainal Abidin; penulis blog, Din Merican serta dua lagi yang dinamakan Raja Petra iaitu Nik Azmi Nik Daud dan John Pang.

“Kita sudah memanggil individu yang dipercayai boleh membantu siasatan berhubung dakwaan berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mengesahkan polis sudah membuka kertas siasatan berhubung pendedahan Raja Petra mengenai beberapa individu yang mendesaknya membuat akuan bersumpah itu pada 18 Jun 2008 kerana tidak mahu Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Individu yang dimaksudkan Raja Petra ketika ditemu bual TV3 di Perth, Australia, baru-baru ini, termasuk Kolonel Azmi yang juga pegawai risik tentera selain tiga individu terbabit. Dalam SD itu, Raja Petra mendakwa kononnya isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika wanita Mongolia, Altantuya dibunuh.

Jumaat lalu, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Azizan Ariffin, berkata Angkatan Tentera Malaysia sudah menggantung tugas rasmi Kolonel Azmi yang juga pegawai kanan Markas Tentera Darat sehingga siasatan ke atasnya berhubung dakwaan Raja Petra itu selesai.

KOMEN : SIASAT HINGGA KE AKAR-AKAR SEKALI SUPAYA TIDAK ADA LAGI YANG TERSELINDUNG AGAR KEBENARAN TERBONGKAR. HUKUM TIDAK KIRA SIAPA MEREKA YANG MEMBUAT FITNAH JAHAT.

No comments: