Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Sunday, 3 April 2011

Tekad Proton


Oleh SHAWKATH AZDE
sukan@kosmo.com.my





PENGERUSI Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri Johor, Hoo Seong Chang (dua dari kiri) diringi Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (kiri) melepaskan pemandu Proton di lapangan letak kereta pusat beli-belah Angsana, Johor Bahru semalam.

PROTON Holdings Berhad (Proton) berhasrat memberikan saingan lebih sengit pada Kejohanan Rali Malaysia (MRC) 2011 yang secara rasmi membuka tirainya di Johor semalam.

Bagi merealisasikan misi tersebut, pengeluar kereta nasional itu telah melakukan beberapa penambahbaikan pada model Satria Neo S2000 termasuk aspek suspensi.

"Perubahan pada sistem suspensi memberi keyakinan pada kami dan juga cengkaman yang lebih baik.

"Penambahbaikan pada enjin juga memberikan tambahan kuasa kuda selain tork (kilas) yang konsisten," kata pemandu Proton, Chris Atkinson yang juga bekas juara Super 1600 Super Asia Pasifik.

Selain Atkinson, Proton turut mempertaruhkan bekas pemandu Subaru Kejohanan Rali Dunia (WRC), Alister McRae.

Pada MRC 2010, jentera yang dipandu Alister mengalami kerosakan radiator sehingga menyebabkan dia gagal menamatkan perlumbaan. Jentera Atkinson pula mengalami kerosakan elektrik.

Malaysia menjadi medan perlumbaan bagi saingan peringkat pertama Kejohanan Rali Asia Pacifik (APRC) 2011 yang berlangsung serentak dengan MRC 2011.

MRC kali ini menyaksikan sebanyak 38 penyertaan manakala sebanyak 11 kereta bersaing bagi APRC 2011.

Perlumbaan hari pertama MRC 2011 semalam membabitkan peringkat khas dengan jarak 2.5 kilometer di pusat beli-belah Angsana di Tampoi, Johor Bahru.

"Ada beberapa selekoh yang mana saya tidak dapat lakukan dengan terbaik. Ia berikutan keseluruhan trek yang sempit sehingga menyebabkan anda tidak mempunyai ruang untuk melakukan kesilapan.

"Selain itu, cengkaman yang kerap berubah menyukarkan lagi imbangan kali ini," jelas Atkinson lagi.

Dalam pada itu, pemandu kelahiran Jepun, Yuya Sumiyama menjuarai peringkat khas semalam.

Dengan menggunakan jentera Mitsubishi Lancer Evo X, Sumiyama mencatat masa 2 minit 02.1 saat. Dia terikat dengan pemandu Indonesia, Rifat Sungkur yang turut mencatat masa yang sama dan jentera yang sama.

McRae pula menceriakan kem Proton apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan catatan masa 2:02.5s.

McRae berharap tuah memihak kepadanya apabila turun beraksi di laluan Tai Tak Estate hari ini.

"Saya selalu katakan bahawa untuk memenangi per lumbaan rali, kamu perlukan sedikit tuah dan juga perlu tahu selok belok laluan kerana ia akan memberi kamu kelebihan.

"Jentera saya dalam keadaan baik selepas membuat segala ujian dan semangat saya kini semakin tinggi," kata McRae.

Pemandu tempatan terbaik semalam menjadi milik juara bertahan, Muhammad Rafiq Udhaya yang memandu Subaru Impreza dengan catatan 2:18.9s untuk menghuni tempat ke-13.

R. Gunaseelan dari pasukan Pennzoil GSR Racing pula mencatat masa 2:43.9s untuk berada di tempat ke-16.

No comments: