Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 5 April 2011

Adil kepada semua rakyat


Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my



PUTRAJAYA 4 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan kakitangan awam bahawa tonggak utama dalam pentadbiran ialah berpegang kepada prinsip kerajaan hari ini adalah untuk semua, oleh itu mereka perlu bersikap adil kepada semua rakyat.

Beliau mahu setiap anggota pentadbiran awam menerapkan empat elemen penting 'Strategi Lautan Biru' dalam pengurusan tugas mereka iaitu 'mengurang', 'menghapus', 'mencipta' dan 'menambah peluang' yang disifatkan sebagai amat penting dalam meningkatkan prestasi kerajaan.

"Kita telah mengenal pasti kekangan dalam struktur pelaksanaan yang menjadi hambatan untuk kita memacu ke hadapan dengan lebih pantas, Justeru, kita buat kesimpulan bahawa lapan laporan inisiatif strategik perlu dilaksanakan di pelbagai peringkat," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Najib berkata, mereka juga perlu berfikiran kreatif dalam mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah dan tidak hanya menuntut bajet tambahan atau pertambahan kakitangan apabila menerima arahan melakukan kerja tambahan daripada kerajaan.

Sebagai contoh katanya, gabungan rondaan membabitkan lebih 20,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan-kawasan panas boleh menyelesaikan masalah berbangkit.

"Ketirisan yang berlaku juga kita cuba hapuskan seperti langkah yang menggemparkan sehari dua ini iaitu tindakan yang dibuat terhadap beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Ini merupakan usaha kita nak hapuskan ketirisan, salah guna kuasa dan rasuah," katanya.

Menurutnya, penjimatan masa menyiapkan pasport antarabangsa seperti yang dilakukan oleh pasukan petugas khas pemudah cara perniagaan (Pemudah), membawa pulang penuntut dari Mesir selain memperkenalkan sistem pengurusan nilai dalam pentadbiran awam merupakan usaha kerajaan dan swasta untuk mencipta lebih banyak lagi peluang kepada rakyat.

"Mengenai isu novel Interlok, Timbalan Perdana Menteri mengambil tindakan selesaikan masalah ini dengan mencari jalan terbaik. (Begitu juga) apabila masalah Bible berbangkit, kita cuba melakukan secara adil kepada pihak yang berasakan kita perlu beri pertimbangan kepada tuntutan mereka.

"Inilah kerajaan kita hari ini, janganlah kita melihat daripada aspek kita sahaja. Kita mesti melihat daripada aspek rakyat. Rakyat mesti didahulukan, saya berharap pencapaian kita lebih memberangsangkan lagi dan terus meningkat dengan melakukan yang terbaik," katanya.

Najib turut menarik perhatian bahawa semalam genap dua tahun beliau menjadi Perdana Menteri dan dalam tempoh itu dua perkara besar telah dilakukan iaitu mengenal pasti bidang-bidang yang perlu diberi keutamaan oleh kerajaan dan membuat penilaian persekitaran ekonomi negara dan global.

Menurutnya, langkah proaktif dan berani telah dilakukan kerajaan iaitu melalui dua pakej rangsangan ekonomi yang terbesar di dunia sehingga berjaya mengatasi krisis ekonomi dengan jayanya.

KOMEN : SETUJU SANGATLAH SLOGAN RAKYAT DIDAHULUKAN, TAPI KALAU NAK MEMBERI TU JANGANLAH SAMPAI BANGSA MELAYU SENDIRI NAK DIGADAIKAN. MELAYAN TUNTUTAN BERBAGAI PIHAK MESTILAH TIDAK DIKAITKAN DENGAN AGENDA TERSEMBUNYI TERUTAMA YANG BERKAITAN DENGAN KEPENTINGAN POLITIK. ADAKAH KERAJAAN YANG ADA PERLU TUNDUK ATAS SEGALA TUNTUTAN YANG BERUNSURKAN POLITIK PERKAUMAN DAN PELAMPAU AGAMA? KERAJAAN PERLU MENGUTAMAKAN SUARA MAJORITI DAN BUKANNYA TUNDUK PADA SUARA MINORITI.

No comments: