Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 21 April 2011

Tiada campur tangan kuasa luar


Oleh raja syahrir abu bakar
syahrir.bakar@utusan.com.my




Azizan Ariffin (tengah) beramah-mesra dengan empat pegawai tinggi tentera negara-negara ASEAN di Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR 20 April - Keselamatan laluan kapal di perairan Selat Melaka dan Selat Singapura kekal di tangan negara-negara pesisir, sekali gus mengetepikan campur tangan kuasa asing di kawasan berkenaan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, negara-negara terlibat iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand telah menunjukkan keupayaan memberangsangkan dalam melaksanakan tanggungjawab itu serta diakui oleh masyarakat antarabangsa.

Katanya, ia terbukti berdasarkan kenyataan Biro Maritim Antarabangsa (IMB) yang melaporkan hampir tiada langsung rompakan atau kegiatan lanun di kedua-dua perairan tersebut sejak beberapa tahun lalu hasil usaha empat negara terlibat.

Justeru, katanya, tanggungjawab menjaga keselamatan perairan berkenaan terus menjadi aspirasi negara-negara pesisir.

"Amerika Syarikat dan Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM)+Lapan mengakui perkara tersebut, tetapi negara pesisir boleh menerima bantuan aset atau kelengkapan lain dari sesetengah negara sekiranya ada (tawaran)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menutup Seminar Keselamatan Selat Melaka dan Selat Singapura 2011 sempena Ulang Tahun Kelima Kerjasama Tentera Laut Serantau di sini, hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau menjelaskan, keupayaan negara pesisir dalam menjaga keselamatan kedua-dua selat itu terbukti mantap apabila IMB menarik balik status 'zon berisiko perang' di perairan tersebut pada 2006.

Dalam perkembangan lain, Azizan berkata, siasatan ke atas pegawai perisikan tentera, Kolonel Azmi Zainal Abidin masih berterusan ekoran maklumat palsunya tentang penglibatan pemimpin negara dalam pembunuhan wanita Mongolia beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, beliau masih belum tahu bila siasatan itu selesai atau pengumuman hasil siasatan tersebut dapat dilakukan.

"Siasatan masih berjalan dan seperti anda semua, saya juga masih menunggu hasilnya (siasatan)," jelasnya.

No comments: