DARI UTUSAN MALAYSIA
3.4.2011
Wayne Rooney (kanan) menerima ucapan tahniah daripada rakan sepasukan Darron Gibson (tengah) dan Chris Smalling selepas menjaringkan gol pembukaan Manchester United pada aksi Liga Perdana menentang West Ham di Upton Park, semalam. - AP
LONDON - Wayne Rooney menjaringkan hatrik pertama dalam tempoh 14 bulan untuk Manchester United bangkit daripada ketinggalan dua gol menewaskan West Ham 4-2 semalam.
Kemenangan itu menyaksikan United melebarkan kelebihan di tangga teratas Liga Perdana England, biarpun West Ham pada mulanya nampak lebih berhak untuk menang, apabila menamatkan babak pertama dengan kelebihan dua gol hasil penalti yang disempurnakan Mark Noble pada perlawanan di Upton Park.
Namun Rooney mengetuai kebangkitan dramatik United pada babak kedua.
Ia bermula apabila penyerang itu melakukan sepakan lencung hasil sepakan bebas pada minit ke-65 bagi menghidupkan peluang pelawat sebelum menambah jaringan menerusi rembatan rendah pada minit ke-73.
Kebangkitan skuad Alex Ferguson dilengkapkan lima minit kemudian apabila Fabio Da Silva meluru dari posisi sayap kanan dan merembat bola ke dalam kotak penalti, yang mendorong pertahanan West Ham, Matthew Upson menarik pemain dari Brazil itu.
Pengadil Lee Mason tidak teragak-agak menghadiahkan penalti kepada United dan Rooney menyempurnakan sepakan untuk mengesahkan jaringan hatrik.
Pemain gantian, Javier Hernandez melengkapkan kemenangan 4-2 pasukan pelawat dengan jaringan jarak dekat pada minit ke-84.
Kekalahan itu sukar diterima Hammers yang membantah kerana pengadil tidak melayangkan kad merah kepada ketua pasukan United, Nemanja Vidic.
Pertahanan Serbia itu terselamat untuk terus berada di padang selepas mengasari Demba Ba sejurus sebelum separuh masa, sebaliknya hanya menerima kad kuning.
Vidic sekali lagi menarik nafas lega selepas terselamat daripada dikenakan kad kuning kedua kerana terjahan lewat dari belakang terhadap Ba.
Kekalahan itu merencatkan kebangkitan terkini West Ham dan menyaksikan mereka tersungkur ke zon penyingkiran sekali lagi dengan perbezaan gol. - AFP

KOMEN : MU BAKAL JUARA LIGA INGGERIS....
No comments:
Post a Comment