Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 4 April 2011

APRC - PROTON NEO 2000 CEMERLANG


APRC - Proton laung amaran awal
Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my




Chris Atkinson dan Alister McRae daripada pasukan Proton Motorsports menjuarai Rali Malaysia pada majlis penyampaian hadiah di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU - Proton Motorsports melaungkan amaran awal niatnya untuk merampas gelaran keseluruhan Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) 2011 apabila kedua-dua pelumbanya, Chris Atkinson dan Alister McRae meraih kedudukan 1-3 pada pusingan pertama Rali Malaysia yang menutup tirai, semalam.

Memulakan peringkat kedua sebagai pendahulu, pemandu kelahiran Australia, Atkinson meneruskan pemanduan konsisten untuk memastikan kejuaraan miliknya dengan catatan masa 3 jam 14 minit 49.4 saat, berada di depan pencabarnya Gaurav Gill (3 jam 16 minit 25.9 saat) dari pasukan MRF iaitu dengan jurang 1 minit 36.6 saat.

Rakan sepasukan Atkinson, McRae dari Scotland yang sedar misi mengejar Gill di tempat kedua mustahil, juga mengekalkan rentaknya bagi memastikan Proton tidak tercicir mata penting dengan menamatkan saingan di tempat ketiga dengan rekod masa 3 jam 23 minit 37.5 saat.

Peringkat kedua semalam menampilkan tujuh Super Stage (SS) berjarak 79.8 kilometer, sekali gus melengkapkan saingan keseluruhan 15 SS sejauh 233.76km untuk kesemua tiga hari perlumbaan.

Kemenangan Atkinson itu amat bermakna buat dirinya kerana dia akhirnya menamatkan kemarau kejuaraan tujuh tahun sejak menjuarai FIA Super 1,600 Asia Pasifik pada 2004.

Begitu juga kepada penunjuk arahnya, Stephane Prevot dari Belgium yang beraksi pada perlumbaan rali ke-300 peribadinya.

"Satu kemenangan besar kepada diri saya dan juga seluruh pasukan Proton. Kereta cukup sempurna, lancar dan kepantasannya begitu terserlah sepanjang perlumbaan.

"Lebih menggembirakan, kami menang di gelanggang sendiri," katanya yang ditemui selepas tamat SS15 yang juga terakhir di Plaza Angsana, semalam.

Ditanya sama ada Gill memberi tekanan kepadanya selaku pendahulu, jelas Atkinson, dia tenang dan memilih untuk memandu secara berhati-hati untuk mengekalkan jurang satu minit setengah hingga dua minit di hadapan pemandu India itu.

"Saya sepatutnya mampu pergi lebih pantas, tetapi tiada keperluan untuk berbuat demikian," jelasnya.

McRae yang dihantui masalah kepanasan melampau pada enjin kereta sejak kelmarin lega dia berjaya menaiki podium dan memperolehi mata penting untuk pasukannya.

"Masalah kepanasan enjin timbul lagi hari ini, saya tidak dapat menambah kelajuan dan melakukan apa yang sepatutnya iaitu menghabiskan saingan di tempat ketiga. Satu permulaan cemerlang untuk Proton, saya tidak sabar menantikan kehadiran pusingan kedua," ujarnya.

Pada Rali Malaysia edisi lalu, Proton sekadar menduduki tempat keempat menerusi Atkinson manakala McRae gagal menamatkan saingan.

Pusingan kedua APRC akan berlangsung di Rali Antarabangsa Queensland, Australia pada 13-15 Mei depan.

Sementara itu, dalam saingan Kejohanan Rali Malaysia AAM yang berlangsung serentak, pemandu China, Fan Fan muncul juara dan diikuti pemandu tempatan, Muhammad Rafiq Udhaya di tempat kedua sementara tempat ketiga diraih Aji Kim dari Jepun.

Fan Fan dan Muhammad Rafiq yang juga bertanding untuk APRC, masing-masing berada di kedudukan kelima dan keenam daripada sejumlah 11 pelumba.

KOMEN : SYABAS DAN TAHNIAH PROTON

No comments: