Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 20 April 2011

Artis popular meriahkan Malam KaryaOne UiTM


DARI UTUSAN MALAYSIA
20.4.2011


SHAH ALAM 19 April - Kehadiran 28 artis popular dan artis veteran berjaya memeriah dan menyuntik kelainan pada Malam KaryaOne yang diadakan sempena penutup Minggu KaryaOne baru-baru ini.

Program anjuran pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (Teka), Universiti Teknologi Mara (UiTM) tersebut bertujuan menilai kemampuan mereka untuk menterjemahkan segala pengajaran pensyarah secara praktikal.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, beliau kagum dengan majlis yang dianjurkan oleh para pelajar fakulti tersebut dan menganggapnya setaraf dengan anugerah hiburan arus perdana.

"Persembahan pelajar ini benar-benar hebat dan bukan sahaja setaraf dengan majlis anugerah sebenar malah lebih berprestij.

"Oleh kerana para pelajar fakulti Teka berjaya mempamerkan persembahan terbaik dan majlis anugerah bermutu tinggi, saya ingin mengumumkan dua hadiah untuk anda semua," katanya dalam ucapan penutup majlis di Dewan Seri Budiman UiTM di sini baru-baru ini.

Hadir sama Penolong Pengarah Finas, artis-artis tersohor tanah air seperti Seniwati Datuk Rosnani Jamil, Seniman Tan Sri Datuk Jins Shamsuddin, Rosyam Noor, Norman KRU, Norish Karman, Erra Fazira, Delimawati, Datuk M. Nasir dan Datin Marlia Musa, Iqram Dinzly, Wan Raja, pelakon-pelakon wanita Ratu The Movie seperti Suhaila, Bikay, Farah Elya Mira.

Sahol menjelaskan, hadiah yang dimaksudkannya berupa kebenaran untuk pelajar Teka menguruskan persembahan di dewan tersebut dengan syarat pelajar dari kursus lain turut dibenarkan menggunakan fasiliti tersebut.

Beliau turut mengumumkan hadiah berupa satu projek bernilai RM100 juta pembinaan empat bangunan yang salah satunya bakal menjadi milik Teka selain dari fakulti pendidikan dan muzik.

Sementara itu Dekan Fakulti Teka, Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen yang juga pengarah filem terkenal melahirkan rasa gembira kerana impiannya membawa artis popular lama dan baru untuk bersama-sama pelajar dalam majlis anugerah seperti festival filem dan anugerah Oscar telah termakbul.

"Sejak fakulti seni persembahan dan kemudiannya menjadi fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik ditubuhkan 13 tahun lalu saya mengimpikan majlis yang gilang-gemilang seperti Malam KaryaOne ini, dan malam ini ia menjadi kenyataan," katanya.

Dalam majlis anugerah tersebut kira-kira 20 kategori dipertandingkan dan anugerah disampaikan oleh kesemua artis jemputan diselang-seli dengan persembahan menghiburkan dari pelajar-pelajar Teka.

Filem pendek bertajuk Nesan Tak Terukir dan Meriam masing-masing memenangi anugerah Penerbitan Filem Pendek Terbaik dan Teater Terbaik yang disampaikan oleh Sahol dan Erra Fazira.

No comments: