Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 28 April 2011

MU 2 - SCHALKE 0


Rooney tebus imej di Schalke
DARI UTUSAN MALAYSIA
28.4.2011





GAYA Wayne Rooney meraikan jaringan kedua Manchester United pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Schalke 04 di Gelsenkirchen, semalam. - AP


GELSENKIRCHEN - Bintang Manchester United, Wayne Rooney kembali ke Arena Auf Schalke semalam dengan imej yang masih tercalar, tetapi dia melangkah keluar dari stadium dengan reputasi hebat selepas mempamerkan persembahan luar biasa.

Penyerang berusia 25 tahun itu menjadi perancang kepada jaringan pertama pasukannya dan kemudian meledak gol selepas rehat sewaktu United melakar kemenangan 2-0 ke atas Schalke 04 dalam aksi pertama separuh akhir Liga Juara-Juara.

Kemenangan itu sekali gus mencerahkan peluang United untuk melangkah ke perlawanan akhir di Wembley pada 28 Mei ini.

Kehadiran Rooney ke Gelsenkirchen kali ini membawa perkhabaran gembira setelah insiden dia diperintah keluar padang apabila mengasari pemain Portugal, Ricardo Carvalho ketika England tersingkir pada suku akhir Piala Dunia 2006.

Cristiano Ronaldo mengenyitkan mata ke arah tempat duduk Portugal selepas dia turut membuat bantahan kepada pengadil terhadap rakan sepasukannya dalam United itu.

Rooney, yang dibuang padang menjadi tumpuan media England yang mengkritiknya, tetapi kali ini pemain tersebut sekali lagi mendominasi tajuk utama media negara itu kerana aksinya yang cemerlang.

"Saya gembira dengan persembahan saya dan kemenangan ini. Terutamanya pada babak pertama, kami mempunyai peluang terbaik, namun kami gagal meletakkan pasukan kami berada di depan.

"Saya fikir kami berjaya menguasai perlawanan ini dan layak untuk menang," kata Rooney kepada Sky Sports.

Kisah Rooney mungkin belum berakhir setelah dia acap kali mencuri tumpuan media dan yang terbaru dia dikatakan melemparkan kata-kata kesat di depan kamera televisyen yang menyebabkan dia digantung dua perlawanan dalam aksi domestik, tetapi pemain itu kembali tampil dengan prestasi yang semakin mantap.

Pemain tersebut kian matang berdasarkan kenyataannya menjelang perlawanan kedua di Old Trafford, Rabu depan, di mana Alex Ferguson amat yakin anak-anak buahnya mampu mengharungi cabaran tersebut apabila dia berhasrat untuk merehatkan beberapa pemain.

"Schalke merupakan pasukan yang bagus dan anda tidak boleh memandang rendah terhadap mereka.

"Kita telah menyaksikan bagaimana mereka beraksi di Inter Milan (dalam suku akhir) dan melakar kemenangan 5-2 di sana," tambah Rooney. - Reuters

No comments: