Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 21 April 2011

Masjid dicemari, isu video lucah bahan khutbah


CHE MAT
Kampung Melayu Ampang, Selangor


ISU video lucah melibatkan individu yang dikatakan mirip seorang pemimpin pembangkang telah menarik perhatian banyak pihak. Pelbagai cara nampaknya digunakan untuk membersihkan nama pemimpin tersebut, termasuklah semasa khutbah Jumaat.

Kejadian ini berlaku pada Jumaat lalu (15 April) di Masjid Jamek Kampung Melayu, Ampang. Khutbah hari itu telah digunakan sepenuhnya oleh khatib untuk mempertahankan isu video lucah yang didakwa membabitkan pemimpin pembangkang itu.

Khutbah pertama pada hari itu pada awalnya menerangkan apa erti hasad dengki dan fitnah dengan menerangkan serta mengambil iktibar bagaimana iblis tidak senang apabila Allah mencipta Nabi Adam dan berikrar untuk menentang manusia hingga hari kiamat. Banyak ayat-ayat al-Quran digunakan dalam khutbah pertama yang berlangsung selama 15 minit.

Pada bahagian kedua khutbah pertama itu, khatib sempat menyelitkan isu terkini iaitu video lucah. Khatib terbabit menerangkan bahawa terdapat dua senario melalui video lucah itu. Yang pertama, sekiranya video lucah itu tulen dan pelakonnya juga tulen, tetapi cara dan mekanismenya adalah bertujuan khianat bagi mengaibkan pemimpin pembangkang.

Khatib itu berkata, perbuatan itu adalah bersifat khianat dan hasad dengki serta menganggapnya sebagai satu fitnah. Khatib sempat juga mempertahankan tokoh pembangkang berkenaan dengan mengatakan pendekatan mengaibkan ini serupa dengan modus operandi yang didakwa digunakan oleh pemerintah pada tahun 1998.

Malah, khatib itu turut mendakwa pelakon dalam video itu bukan pemimpin parti pembangkang itu. Sebaliknya beliau menegaskan, pemimpin pembangkang tersebut telah difitnah dengan begitu kejam.

Beliau sempat mengajak jemaah supaya mempercayai kata-kata Datin Seri Wan Azizah bahawa hanya seorang isteri sahaja yang tahu bentuk badan suaminya. Pada ketika ini, saya sudah menutup telinga kerana tidak berminat mendengar khutbah tersebut.

Tiba-tiba seluruh hadirin di masjid itu dikejutkan dengan jeritan seorang makmum yang berkata ke arah khatib, "Hoi cukuplah. Di sini bukan untuk berkempen politik".

Saya mengenengahkan isu ini kerana Sultan Selangor telah pun bertitah sebelum ini tidak membenarkan mana-mana pihak menggunakan masjid yang sepatutnya menjadi tempat ibadah sebagai pentas politik individu tertentu.

Saya percaya makmum yang menghadiri khutbah Jumaat lalu kesal. Namun mereka tidak mempunyai pilihan lain ketika itu selain menunggu 'khutbah' tersebut kerana menunaikan solat Jumaat adalah satu kewajipan bagi saya dan makmum Islam yang lain.

KOMEN : ITULAH PADAHNYA BILA KHATIB CUBA MENJADI POLIS, PEGUAMBELA DAN HAKIM SEKALI GUS, TAPI MASALAHNYA BERKEMPEN POLITIK DITEMPAT YANG SALAH. KHATIB TU DAH TENGUK KE VIDEO YANG SEBENAR? NASIB BAIK CUMA KENA JERIT AJE, KALAU KENA PENAMPAR MAHU DEMAM PENYOKONG PEMBANGKANG NI.

3 comments:

Onna said...

Assalam sayang daddy,

Semoga akan ada ramai jemaah yang berani menegah perkara2 yang tidak sepatutnya berlaku dari berlaku di Mesjid yang sepatutnya menjadi tempat melakukan amal ibadat..tempat dimana perpaduan sesama ummah dipentingkan dan politik ditolak ketepi...kerana bila kita mati nanti, malaikat tidak akan menanyakan kita datang dari parti mana tetapi kita beragama apa...full stop...

AJAI62 said...

Assalam Syg Mum

Masalahnya bila khatib nak tunjuk pandai. Sebenarnya terserlah kebodohan sejak azali lagi. Sendiri pun kena kencing nak sedarkan orang lain. Boss besar bersenang lenang kat luar negara

Ikhwan said...

Abu Zhar Al-Ghiffari berkata, Rasullullah s.a.w. bersabda :"Barangsiapa menyiarkan terhadap orang muslim satu perkataan untuk memalukannya dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat" (diriwayatkan oleh Ibnu Abid Dunya)