Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 4 April 2011

SANGGUPKAH AZIZAH TENGOK VIDEO ITU

Video seks: Pembangkang disaran anggotai suruhanjaya
DARI UTUSAN MALAYSIA
4.4.2011



SUNGAI PETANI 3 April – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mencadangkan agar tiga pemimpin parti pembangkang dilantik untuk menganggotai suruhanjaya khas bagi menyiasat ‘pelakon’ dalam rakaman video aksi seks yang menggemparkan negara baru-baru ini.

Beliau berkata, pemimpin tersebut ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Katanya, keanggotaan mereka dalam suruhanjaya berkenaan dilihat penting bagi mencari titik noktah di samping memberi keadilan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa sebagai individu dalam rakaman tersebut.

“Sekarang polis sahkan video itu tulen. Lanjutan daripada itu, ada cadangan supaya suruhanjaya ditubuhkan bagi membolehkan rakyat tahu kebenaran.

“Jadi, saya hendak cadangkan Wan Azizah, Hadi dan Kit Siang dilantik menganggotai suruhanjaya itu. Biar mereka sendiri tengok rakaman video tersebut.

“Ini penting supaya kerajaan tidak lagi dituduh terlibat dalam konspirasi menjatuhkan pemimpin seperti Anwar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat Perkasa Kedah di Taman Cemara, di sini malam tadi.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen (Bebas) Pasir Mas memberitahu, beliau sendiri akan mengemukakan cadangan secara rasmi berhubung penubuhan suruhanjaya terbabit dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat esok.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau melahirkan rasa kesal kerana pelbagai pihak terus menyalahkan kerajaan terhadap isu video aksi seks itu.

“Ada pihak tertentu termasuk tokoh-tokoh memberi pandangan bahawa ia satu taktik kotor, keji dan konspirasi. Kalau dakwaan ini datang dari parti pembangkang, saya tidak hairan tetapi ramai nampaknya terpengaruh.

“Ini sesuatu tidak betul dan saya menganggap ia tuduhan untuk mengaibkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan tidak sewajarnya dikaitkan dengan isu rakaman video seks itu, kerana mereka yang dedahkan perkara berkenaan mempunyai hak sebagai individu.

“Saya perhatikan setiap kali kalau libatkan Anwar, ia dituduh konspirasi. Kalau orang lain tak ada apa-apa, seolah-olah Anwar ini istimewa dan tidak boleh disentuh,” katanya.

KOMEN ; SETUJU UNTUK DITUBUHKAN SURUHANJAYA DIRAJA DAN LANTIK SETIAP KETUA PARTI PEMBANGKANG PKR, DAP DAN PAS MENGANGGOTAINYA BAGI MENCARI JALAN PENYELESAIAN DAN PENAMAT BAGI KES VIDEO SEKS TERSEBUT. PERSOALANNYA DISINI , SANGGUPKAH MEREKA MENERIMA KEBENARAN BAHAWA VIDEO SEKS ITU BUKANLAH ALAT KONSPIRASI KERAJAAN TERHADAP MANUSIA BERNAMA ANWAR??????

No comments: