Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 21 April 2011

BN jangan lagi bergantung kepada angka





KUALA LUMPUR 20 April – Barisan Nasional (BN) terutama UMNO tidak boleh lagi bergantung keyakinan terhadap angka dalam mengukur tahap sokongan pengundi bukan Melayu berikutan perkembangan politik perkauman yang disemarakkan oleh pihak pembangkang.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, politik perkauman yang digunakan pembangkang pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10, 16 April lalu dilihat semakin agresif menghasut rakyat supaya membenci kerajaan BN dan mungkin memberi kesan pada pilihan raya umum akan datang. “Inilah trend politik yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini dengan DAP menjuarai kepentingan kaum Cina walaupun pada hakikatnya BN menang cemerlang.

“Bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melahirkan kebimbangan beliau mengenai penyakit itu (politik rasis) akan menular pula di Semenanjung pada pilihan raya umum akan datang,” tegasnya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, sudah sampai masanya pemimpin UMNO mengambil pendekatan yang lebih tegas walaupun tindakan itu mungkin pahit demi menyelamatkan masa depan UMNO dan orang Melayu keseluruhannya. Beliau turut mendesak Dewan Tertinggi BN dan Majlis Tertinggi (MT) UMNO memberi perhatian serius mengenai peningkatan sokongan pengundi Cina dan bukan Melayu terhadap parti pembangkang terutama DAP yang bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Secara ikhlas komponen BN yang mewakili masyarakat Cina harus bertanggungjawab, jujur dan mencari sebab mengapa perkara itu berlaku,” ujarnya. Beliau sekali lagi mempersoalkan apakah selama ini perhatian kerajaan BN terhadap kepentingan masyarakat Cina di negara ini masih belum mencukupi?

Syed Ali seterusnya melahirkan kebimbangan kemungkinan ramai calon UMNO akan tewas pada pilihan raya umum akan datang menyebabkan status quo orang Melayu akan berubah.
“Hakikat tersebut bukan rekaan untuk menakutkan mana-mana pihak tetapi berdasarkan kepada aliran politik kini dan apabila membabitkan generasi muda, ia boleh berlaku.

“Kita selalu bercakap soal kekuatan dan perpaduan di kalangan ahli UMNO, tetapi apakah kepimpinan UMNO jujur melihat sejauh mana pula sikap setiakawan dan keikhlasan pengundi Cina yang kononnya 80 peratus daripada mereka menyokong MCA dan Gerakan,” soal beliau.

KOMEN : KERANA ANGKA MAINAN MANTAN PM DAN KONCO-KONCONYALAH BN HAMPIR KECUNDANG DI PRU 12. KERANA KEPERCAYAAN PADA ANGKA-ANGKALAH MELAYU HAMPIR HILANG KUASA. KERANA ANGKALAH SELANGOR, KEDAH, PENANG DAN KELANTAN DIKUASAI OLEH PEMBANGKANG. KERANA ANGKA JUGALAH PERAK JATUH KE TANGAN BN SEMULA. DAN YANG PASTI TIADA RUMAH YANG MENGGUNAKAN ANGKA 13, KENAPA YA....? ADAKAH KERANA FRIDAY THE 13TH ATAU KERANA 13 MAY...?

2 comments:

Onna said...

Assalam sayang daddy,

Masihkah pemimpin kita hendak menawan hati si mata sepet ini dengan taburan jutaan ringgit untuk sekolah2 mereka... memartabatkan bahasa mandarin lah plak (si sepet ni bahasa kita pun dorang ckp pelat2), lama kelamaan... apa yang kita ada semua akan diberi dan dikongsi...in future... dorang ada apa yang kita pernah ada...gosh...kesian anak2 kita...

AJAI62 said...

Assalam Syg Mum

Masalahnya takut sangat dengan ugutan cina. Mereka tak menyokong pun kerajaan tabur duit. Orang melayu yang menyokong terpaksa mengemis apa cerita?