Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 20 April 2011

3,000 lepasan sekolah kunjungi Ekspo UiTM


DARI UTUSAN MALAYSIA
20.4.2011




Shahaniza Shamsuddin (kanan) melawat pameran di ekspo Selangkah ke Universiti Teknologi Mara di Maran, Pahang, baru-baru ini.



MARAN 19 April - Lebih 3,000 lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan matrikulasi mengunjungi ekspo Selangkah ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dekat sini baru-baru ini.

Ekspo itu berlangsung di UiTM Cawangan Jengka dan Kuantan.

Rektor UiTM Pahang, Datuk Hilmi Ab. Rahman berkata, ekspo tahunan itu bertujuan mempromosikan kemasukan bakal mahasiswa ke UiTM pada sesi pengajian akan datang.

Katanya, program tersebut merupakan usaha universiti tersebut bagi membantu pelajar bumiputera melanjutkan pelajaran dalam bidang diminati selaras dengan sasaran untuk mencapai seramai 250,000 pelajar menjelang 2015.

''Ekspo ini adalah kali ke lima dianjurkan secara besar-besaran serentak di semua UiTM seluruh negara,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Perasmian program itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentol, Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Hadir sama ADUN Jengka, Wan Salman Wan Ismail.

Menurut Hilmi, program itu dapat membantu calon membuat pilihan tepat terhadap jurusan yang ingin dipilih dengan bantuan kakitangan akademik dan pengurusan terlatih.

Menerusi ekspo itu, tambah beliau, calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan, khidmat nasihat kaunseling dan kerjaya, pameran fakulti dan persatuan pelajar.

''Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada calon kurang berkelayakan tetapi masih ingin belajar menerusi program istimewa UiTM iaitu Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB),'' katanya.

No comments: