Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 6 April 2011

Perubahan perlu ambil iktibar sejarah - Sultan Selangor


DARI UTUSAN MALAYSIA
6.4.2011





SULTAN Sharafuddin Idris Shah (tengah) menunjukkan buku Good Governance Adab-Oriented Tadbir in Islam terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) selepas merasmikan Konvensyen Pemacuan Transformasi Sistem Perundangan Islam di Malaysia di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, Pengerusi IKIM, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan (kanan).

KUALA LUMPUR 5 April - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, mana-mana kumpulan masyarakat yang ingin melakukan perubahan perlu mengambil iktibar daripada pengalaman generasi terdahulu sebagai mengenali identiti dan jati diri bangsa kita.

Titah baginda, ia sekali gus mampu memberi pemahaman terhadap sesetengah realiti yang berlaku pada hari ini selain menghargai dan menambah baik apa jua kelemahan dan kekurangan yang ditemui.

Justeru, baginda bertitah, sejarah tidak boleh dipandang remeh apatah lagi diketepikan sekali gus pengetahuan dan kefahaman sejarah merupakan satu kewajipan kepada semua warganegara.

Titah baginda, perkara itu penting kepada orang Melayu dan bukan Melayu bahawa mereka sebenarnya menikmati hak-hak tertentu berdasarkan sejarah khususnya dari segi kontrak sosial dan hak-hak istimewa semasa rundingan kemerdekaan.

''Dengan kata lain, antara kebaikan utama pengiktirafan kedudukan Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan dan sistem demokrasi ialah mengelakkan agama daripada dipolitikkan oleh parti yang memerintah.

''Ia sebagai memastikan bahawa agama dilaksanakan tanpa mengira kepentingan ahli-ahli politik yang menguasai kerajaan,'' titah baginda pada majlis perasmian Konvensyen Pemacuan Transformasi Sistem Perundangan Islam di Malaysia, di sini, hari ini.

Pada majlis yang turut dihadiri Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, baginda turut melancarkan buku Good Governance Adab-Oriented Tadbir in Islam.

Titah baginda, sultan-sultan turut berperanan melakukan penambahbaikan dan mengembangkan skop perundangan Islam mengikut kesesuaian dan adat resam setempat.

''Fakta sejarah telah membuktikan bahawa kewujudan sistem perundangan Islam adalah seawal dan seiring kedatangan Islam itu sendiri ke rantau ini termasuk pengamalan undang-undang berkait rapat dengan penerimaan Islam dan syariah yang dibawanya.

''Ia juga jelas menunjukkan betapa sultan dan raja-raja Melayu merupakan payung, pelindung dan pelaksana kepada undang-undang Islam sejak ratusan tahun dulu,'' titah baginda.

Baginda bertitah, adalah amat wajar raja-raja Melayu dan sultan- sultan memberikan komitmen terbaik untuk memayungi dan menjaga kesucian Islam dari semua aspek berkaitan.

''Sukar dinafikan bahawa Islamlah yang telah mentransformasi, mengangkat martabat dan memantapkan jati diri Melayu menjadi kaum yang mulia dan bermaruah.

''Beta yakin dengan cara inilah peranan sebenar institusi kesultanan Melayu sebagai payung dalam membela Islam akan memberi impak kepada masyarakat sekali gus menjadikan institusi raja lebih dihormati, bukan ditakuti atau dicurigai,'' titah baginda.

KOMEN : BAGI PARTI POLITIK YANG RASIS DAN MENGGUNAKAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN AGENDA SEMPIT MEREKA SILA AMBIL IKTIBAR DARIPADA SARANAN SULTAN SELANGOR... DAULAT TUANKU

No comments: