Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 15 April 2011

GENERASI MUDA SARAWAK - KEKALKAN BN


DARI UTUSAN MALAYSIA
15/04/2011 10:24am





Anak Sarawak di Semenanjung harap BN kekal jadi pilihan

KUALA LUMPUR 15 April – Generasi muda anak-anak Sarawak di Semenanjung berharap dan mendoakan agar para pengundi di Sarawak menunjukkan kematangan mereka ketika mengundi dalam pilihan raya negeri esok dengan memilih untuk mengekalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) demi menjamin masa depan mereka.

Naib Presiden Persatuan Anak-anak Sarawak Semenanjung, Samuel Sila Mathew Unjah berkata, memilih pembangkang di peringkat negeri hanya akan menyusahkan hubungan dengan Pusat, yang akhirnya membawa kesusahan kepada penduduk Sarawak sendiri.

"Saya menyeru pengundi Sarawak pilihlah dengan pertimbangan yang rasional, yang melihat ke masa depan yang lebih baik, bukan kerana janji-janji manis yang susah nak ditunaikan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Samuel yang tidak dapat balik mengundi di kampungnya di kawasan DUN Krian berkata, wakil rakyat yang mereka pilih kelak mestilah yang mampu memenuhi aspirasi rakyat Sarawak terutama ke arah pembangunan selaras dengan matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada 2020.

Beliau berkata, walaupun persatuannya tidak banyak bersuara dalam hal politik tetapi dalam aktiviti yang mengeratkan perpaduan anak-anak Sarawak di sini, ia sangat aktif dengan dibantu dan diberi perhatian penuh oleh ahli-ahli Parlimen BN.

"Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Uggah Embas dan Ketua Pemuda BN Sarawak, Datuk Fadillah Yusof merupakan antara tokoh yang sangat memberi perhatian kepada kami,” katanya, yang memberi contoh pemimpin BN yang mengambil berat kebajikan rakyat bukan saja semasa musim pilihan raya.

Beliau berharap setiap wakil rakyat BN yang terpilih nanti mengambil inisiatif sentiasa mendekati rakyat setidak-tidaknya dengan menubuhkan dana pendidikan masing-masing bagi membantu para pelajar miskin di kawasan mereka secara langsung.

Samuel berkata, harapannya itu mungkin dikongsi bersama oleh 300 hingga 700 anak Sarawak yang belajar di institusi pengajian tinggi awam di Semenanjung, yang menganggotai persatuan itu, dan sudah pun menikmati manfaat usaha yang dijalankan oleh kerajaan BN demi menjamin masa depan mereka.

Seorang lagi anak Sarawak di sini, Moses Puliee, yang juga tidak dapat pulang mengundi esok, mengakui telah menghubungi keluarga dan saudara maranya mengingatkan mereka supaya mengundi demi masa depan anak cucu mereka dan bukannya keuntungan sekelip mata atau janji manis yang tiada hujungnya.

Lebih 979,000 penduduk Sarawak berpeluang mengundi esok pada pilihan raya negeri ke-10 bagi memilih 71 wakil rakyat untuk mengisi kerusi Dewan Undangan Negeri daripada sejumlah 213 calon. - Bernama

KOMEN : APA KATA MEREKA?

1. KEKALKAN BN MEMERINTAH


2. UNTUK JAMINAN MASA DEPAN ANAK CUCU


3. BUKAN TERGODA DENGAN JANJI-JANJI MANIS PUAK PEMBANGKANG


4. BUKAN MEMILIH KEUNTUNGAN SEKELIP MATA DAN JANJI MANIS YANG TIADA HUJUNGNYA.


KEPADA RAKYAT SARAWAK UNDILAH DENGAN MATANG - BN UNTUK KEMAJUAN ORANG SARAWAK

No comments: