Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 5 April 2011

BLOCKBUSTER DICETAK ROMPAK

Rakaman video seks di YouTube
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my





KUALA LUMPUR 4 April – Sebahagian daripada rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang telah dimuat naik ke laman sosial YouTube hari ini.

Video yang diberi judul VTS 01 1 itu dimuat naik oleh individu yang menggunakan nama samaran ‘thepowerman’.

Rakaman video seks selama 1 minit 47 saat itu dipercayai sebahagian daripada rakaman selama 20 minit yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan di hotel Seri Carcosa baru-baru ini.

Rakaman video seks itu juga sudah dipaut ke beberapa laman blog dan sehingga petang ini, video asalnya di YouTube sudah ditonton oleh lebih 300 orang.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan dengan jelas tiga individu iaitu dua lelaki dan seorang wanita dipercayai pelacur dari China sedang mundar-mandir di dalam bilik dipercayai di sebuah hotel.

Salah seorang lelaki itu hanya bertuala sehingga ke paras lutut tanpa memakai baju manakala seorang lagi berpakaian kemas.

Pada akhir rakaman video itu, lelaki yang hanya bertuala kelihatan mendekati wanita tersebut dan memeluknya sebelum rakaman video tersebut berakhir.

Pada 21 Februari lalu, dunia politik tanah air gempar apabila sekumpulan wartawan dipertontonkan rakaman video seks di hotel Seri Carcosa di sini oleh kumpulan tiga lelaki yang menggelarkan diri mereka Datuk T.

Rakaman video yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang itu didedahkan sebagai amaran supaya pemimpin tersebut serta isterinya berundur dari dunia politik.

Meskipun tidak menamakan siapa individu di dalam video seks terbabit, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil membuat penafian bahawa beliau adalah individu yang dimaksudkan pada hari sama video seks itu ditayangkan.

Tiga hari kemudiannya, trio Datuk T akhirnya mendedahkan identiti mereka iaitu tiga ahli perniagaan termasuk sahabat karib Anwar, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan juga bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik serta Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Rakaman video seks itu juga sudah disahkan tulen oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada 1 April lalu selepas diteliti pakar profesional.

KOMEN : TAK SEMPAT NAK MASUK PARLIMEN, FILEM BLOCKBUSTER TELAH DICETAK ROMPAK. LEPAS INI KALAU MASIH JUGA NAK BERDALIH TAK TAHULAH AJAI NAK CAKAP MANUSIA JENIS APAKAH ANWAR INI? TENTANG REAKSI PENYOKONG PUAK PEMBANGKANG, SEPERTI BIASALAH PANDAI TAK BOLEH DITEGUR. TUNGGU AJELAH BANYAK PERSOALAN YANG AKAN DIUTARAKAN.... ITU BUKAN ANWAR? ITU FILEM SUPERIMPOSED? NAMPAK MACAM ANWAR TAPI BUKAN ANWAR TU? PERUT ANWAR KEMPIS TAPI PELAKON TU BOROI? ADA YANG KATA ANWAR TAK ADA BUAH DADA? MACAMLAH MEREKA SEBELUM INI PERNAH TENGOK ANWAR BERBOGEL. SEBAIK-BAIKNYA KITA LONTARKAN SEMULA PERSOALAN INI KEPADA KELUARGA, TERUTAMA ISTERI ANWAR UNTUK MENGESAHKAN IMEJ TERSEBUT. ADA BERANI KE?

No comments: