Shamsul Iskandar dicabar serah bukti
DARI UTUSAN MALAYSIA
3.4.2011
Azwandin Hamzah (dua dari kanan) bersama Timbalan JMM, Omar Salleh (dua dari kiri) menunjukkan laporan polis dan kenyataan media di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 2 April - Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mencabar Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin agar menyerahkan bukti kepada polis jika benar beliau memiliki rakaman video seks melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Yang Dipertua JMM, Azwandin Hamzah berkata, sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh dua tiga hari ini, pihaknya akan meminta polis mengambil keterangan dan mendapatkan rakaman video seks yang didakwa dimiliki Shamsul Iskandar.
Beliau percaya pemimpin AMK itu sengaja mengeluarkan fitnah dengan niat jahat bagi mengalihkan perhatian masyarakat mengenai pendedahan video seks didakwa seorang pemimpin pembangkang baru-baru ini.
"JMM ingin menasihatkan Shamsul Iskandar agar tidak membiarkan dirinya dijadikan 'kuda tunggangan' oleh individu tertentu bagi mengeluarkan kenyataan yang tidak mempunyai bukti dan fakta dengan niat untuk memfitnah mana-mana pihak.
"Jadi kita cabar beliau segera menyerahkan apa yang didakwa rakaman video seks melibatkan pemimpin politik kepada polis agar siasatan terhadap individu terbabit dapat dijalankan seperti siasatan terhadap pendedahan video seks melibatkan pemimpin parti pembangkang baru-baru ini," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis terhadap Shamsul Iskandar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini.
Menurutnya, perbuatan Shamsul Iskandar itu adalah terdesak untuk menyelamatkan ahli politik yang didakwa terlibat dalam rakaman video seks baru-baru ini, memandangkan dakwaan yang dilempar terhadap pemimpin BN dan UMNO hanya dibuat selepas pendedahan rakaman video seks pemimpin pembangkang berkenaan.

KOMEN : PDRM HARUS BERTINDAK KEATAS SHAMSUL KERANA MENYIMPAN DAN MEMILIKI VIDEO LUCAH. BERTINDAKLAH KEATAS LAPORAN POLIS YANG TELAH DIBUAT.... JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA...
No comments:
Post a Comment