Deruman jentera F1 gegar Putrajaya
DARI UTUSAN MALAYSIA
3.4.2011
Pelumba Team Lotus Heikki Kovalainen memandu jentera Lotus T128 di hadapan Bangunan Istana Kehakiman pada demonstrasi sempena GP Malaysia 2011 di Putrajaya, semalam.
PUTRAJAYA - Team Lotus menerusi pelumbanya Jarno Trulli dan Heikki Kovalainen mempamer kehebatan memandu jentera Formula Satu (F1) pada demonstrasi pasukan itu di Putrajaya semalam, sempena Grand Prix Malaysia pada 10 April ini.
Acara tersebut berlangsung di Precinct 3, berhampiran Bangunan Istana Kehakiman.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan prinsipal Team Lotus, Datuk Seri Tony Fernandes menyaksikan acara tersebut.
Ia merupakan demonstrasi F1 pertama di pusat pentadbiran kerajaan itu sejak penganjuran F1 pada 1999.
Kedua-dua pelumba Team Lotus itu memandu beberapa pusingan di sekitar Precinct 3 dengan menggunakan jentera terbaru pasukn itu, Lotus T128.
Demonstrasi yang julung kali diadakan di Putrajaya bertujuan menyemarakkan kemeriahan perlumbaan F1 2011, juga untuk memaklumkan kepada peminat bahawa GP Malaysia 2011 semakin hampir.
Acara tersebut dianjurkan bersama oleh Team Lotus, SIC dan Putrajaya.
Acara demonstrasi pemandu jentera F1 semalam turut dimeriahkan dengan penganjuran perarakan kereta Super Siri Malaysia (MSS), demonstrasi drift, basikal 'pocket bike', juga aksi stunt motosikal supermotard.
Tahun lepas, peminat pemotoran negara teruja dengan penampilan semula raja F1, Michael Schumacher bersama pasukannya Mercedes GP Petronas dan rakan sepasukan Nico Rosberg di sekitar Jalan Binjai dan di parkir Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

No comments:
Post a Comment