Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 15 April 2011

PENIPU RAKYAT YANG GILA KUASA

Raja Petra tahu lebih banyak rahsia
DARI UTUSAN MALAYSIA
15.4.2011



KUALA LUMPUR 14 April - UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus bersiap sedia untuk dituduh oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang di sebalik pengakuan Raja Petra Kamaruddin berhubung isu tuduhan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, ia merupakan amalan biasa Anwar dan rakyat yang berfikiran waras digesa supaya tidak 'menghinakan' diri sendiri untuk berketuakan pemimpin yang tidak siuman itu.

Menurut beliau, selepas mempertikai kesahihan rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang baru-baru ini, Anwar juga diyakini akan melakukan tindakan sama terhadap kesahihan klip tayangan temu bual yang disiarkan TV3 itu pula.

''Saya anggap Anwar sudah tidak siuman kerana sanggup berbuat apa sahaja tanpa mengira dosa pahala, halal haram. Orang yang tidak siuman, tidak layak untuk menjadi pemimpin.

''Justeru, UMNO dan BN harus bersiap sedia untuk dituduh sebagai dalang di sebalik pengakuan Raja Petra,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada pengakuan Raja Petra menerusi Buletin Utama semalam yang mendakwa beliau dipengaruhi dan didesak beberapa individu tertentu dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Mohd. Zahid berkata, di sebalik tekanan demi tekanan yang diterima Anwar, pihaknya juga yakin bahawa Ketua Pembangkang itu akan bertindak melarikan diri ke luar negara bagi mengelak daripada menghadapi kebenaran.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhammad Rahimi Osman berkata, Raja Petra diyakini mengetahui lebih banyak rahsia dan penglibatan Anwar dalam memburuk-burukkan kerajaan.

''Sama seperti dalam kes saya, Anwar sanggup memfitnah Perdana Menteri dan isteri semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Malah beliau juga telah memonopoli fitnah ini untuk mengarahkan seluruh jenteranya menyerang Perdana Menteri dan isteri," katanya.

Bekas ketua Angkatan Muda Kelantan (AMK) Selangor, Hamizun Khairuddin pula berkata, sebagai konsultan dan penasihat media nombor satu kepada Anwar, Raja Petra sudah semestinya menyimpan banyak maklumat utama berkaitan aktiviti ketuanya itu.

''Pendedahan Raja Petra ini adalah kebenaran nyata yang sudah disimpan bertahun-tahun lamanya oleh beliau. Alhamdulillah, Raja Petra sudah tidak sanggup lagi menjadi tali barut Anwar dan menyebarkan fitnah terhadap pemimpin negara," kata beliau.

Mengulas isu sama, bekas Setiausaha AMK, SD Johari Md. Yassin memberitahu pendedahan Raja Petra merupakan satu lagi siri penipuan Anwar yang dilakukan secara terancang, berterusan dan konsisten.

''Begitu pun saya yakin Pas akan tetap menyokong Anwar dan menghentam Raja Petra sekali gus menjadi pencuci dosa Anwar semata-mata kerana kepentingan politik," katanya.

KOMEN : HANYA ORANG GILA KUASA AJE YANG MASIH DAN AKAN TERUS MENYOKONG ANWAR DAN KELUARGANYA. DAP AKAN TERUS PERGUNAKAN ANWAR SEBAB RAHSIA BUSUK ANWAR BERADA DALAM TANGAN MEREKA. BAGI PAS PULA SEPERTI BIASA TIKET KE SYURGA NIK AZIZ TELAH DITEMPAH KHAS UNTUK ANWAR DAN MENYOKONG UNTUK KEPENTINGAN POLITIK SEMPIT MEREKA. JANGAN TERPERANJAT LEPAS INI ADA FATWA YANG MEMURTADKAN RAJA PETRA DAN MENGKAFIRKAN KERAJAAN MALAYSIA DAN RAKYAT YANG MENYOKONG KERAJAAN. BIAR MEREKA TERJUN DENGAN LABU-LABU MEREKA.

No comments: