Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 19 April 2011

IRC - Proton Motorsports raih mata IRC rali Sepanyol


DARI UTUSAN MALAYSIA
19.4.2011





Jentera Satria Neo Super 2000 yang dipandu Giandomenico Basso memecut pada laluan lurus ketika perlumbaan Rali Islas Canarias El Corte Ingles, Sepanyol, kelmarin.

KUALA LUMPUR - Kekecewaan Proton Motorsports pada pusingan pertama Cabaran Rali Antara Benua (IRC) di Monte Carlo, Monaco terubat apabila pemandunya, Giandomenico Basso meraih mata cukup bermakna pada Rali Islas Canarias El Corte Ingles, Sepanyol yang berlangsung selama tiga hari dan menutup tirai kelmarin.

Pemandu Itali itu yang memandu jentera Satria Neo Super 2000, mempamerkan pemanduan bersemangat bagi menghabiskan perlumbaan di tempat ke sembilan untuk meraih dua mata dan lebih bermakna, Proton berjaya mengutip 16 mata kategori pengeluar.

Dengan itu, untuk pusingan kedua ini, Proton bukan sekadar dinobatkan sebagai terbaik di kalangan pembuat-pembuat kereta Asia, namun mendahului pencabar yang memiliki jenama lebih terkemuka seperti Suzuki, Honda dan Subaru, malahan pada sama mengaibkan jenama Eropah termasuk Citroen, Renault dan Ford.

Keputusan di Sepanyol itu turut menempatkan Proton pada kedudukan keempat keseluruhan IRC selepas berakhirnya dua pusingan, dua mata di belakang Subaru.

Carta kedudukan di ungguli Skoda dan Peugeot yang masing-masing mengumpul 73 dan 67 mata setakat ini.

Lapan tempat teratas dikuasai sepenuhnya Skoda dan Peugeot, dengan juara bertahan IRC, Juno Hanninen menjuarai pusingan kali ini di hadapan rakan sepasukan Jan Kopecky.

No comments: