Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 12 April 2011

OMEGAKU HILANG

Identiti pemilik jam Omega akan diketahui
Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 11 April – Identiti pemilik jam tangan Omega yang diserahkan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah kepada polis akan diketahui selepas pengedar jam berjenama itu menyerahkan laporan pendaftaran pembeliannya dalam tempoh terdekat.

Jam tangan berkenaan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk membantu siasatan kes rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis telah memohon untuk mendapatkan identiti pembeli jam itu daripada pengedarnya yang berpusat di luar negara.

“Pengedar jam itu memberitahu mereka akan memberi laporan pendaftaran pembelian tersebut dalam tempoh seminggu, tetapi sekarang sudah lebih dari tempoh itu.

“Mungkin dalam tempoh terdekat ini kita akan memperolehnya. Dengan memperoleh identiti pemilik jam itu kita mungkin dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kes ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada polis akan meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan jam tangan jenis sama untuk siasatan, Acryl Sani berkata, perkara itu tidak perlu kerana jam tangan yang sepatutnya telah pun diserahkan.

Dalam pada itu beliau memberitahu, kertas siasatan mengenai rakaman video aksi seks tersebut sedang dikemas kini semula sebelum diserahkan kepada pejabat pendakwa raya.

“Polis ketika ini sedang merakam beberapa keterangan sokongan kepada keterangan yang telah dibuat sebelum ini. Dalam minggu ini, semua rakaman keterangan sokongan itu dijangka selesai dan kertas siasatan akan diserahkan semula,” ujarnya.

Berhubung sedutan rakaman video aksi seks itu selama hampir dua minit yang didedahkan di Internet, katanya, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) sedang menjejaki pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu.

Semalam, Anwar menjadi berang apabila ditanya oleh wartawan mengenai jam tangan itu dan menegaskan isteri beliau, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah menjawabnya.

Wan Azizah sebelum ini menyatakan jam tangan itu ada dalam simpanan beliau.

KOMEN : MANA YANG BENAR? ANWAR KATA JAM OMEGA BELIAU ADA DALAM SIMPANAN AZIZAH. TAPI AZIZAH GAGAL MENUNJUKAN JAM TERSEBUT BILA DIWAWANCARA OLEH WARTAWAN. BILA DI TANYA PADA PIHAK POLIS SAMA ADA AKAN MEMINTA ANWAR MENYERAHKAN JAM ITU? JAWAPAN YANG DITERIMA : PERKARA ITU TIDAK PERLU KERANA JAM TANGAN YANG SEPATUTNYA TELAH PUN DISERAHKAN. TERBONGKAR LAGI RAHSIA PEMBOHONGAN ANWAR SEKELUARGA. PATUTLAH TAK BERANI NAK SAMAN DATUK TRIO. RUPANYA JAM OMEGA DIA MEMANG HILANG. TAK HABIS-HABIS NAK SPIN DAN MENYUSAHKAN RAKYAT.

No comments: