Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 27 April 2011

PAS TIDAK TUNAI JANJI

BN tunai janji di Manek Urai
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
utusankelantan@utusan.com.my



KUALA KRAI 26 April – Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) membuktikan kesungguhannya membantu penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai apabila melaksanakan semua janji yang dibuatnya dengan melibatkan kos sebanyak RM15 juta.

Bekas calon BN pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat berkata, ia sama sekali menutup mulut pemimpin Pas yang sering menabur fitnah mengatakan BN membuat janji palsu kepada penduduk di kawasan tersebut.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai berkata, Pas sepatutnya merasa malu kerana tidak dapat membantu penduduk di kawasan itu biarpun telah diberi mandat untuk memerintah selama 20 tahun.

“Saya merasa amat gembira kerana semua janji-janji ini ditunaikan, ini membuktikan kita tidak bercakap kosong untuk membantu rakyat di sini.

“Kita juga merasa amat kecewa apabila ada pihak menabur fitnah bahawa BN tidak tunai janji ini sedangkan penduduk di Manek Urai melihat sendiri bagaimana projek-projek ini sedang dilaksanakan,” katanya ketika ditemui di Kampung Manek Urai Baru di sini semalam.

Terdahulu, beliau mengiringi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed meninjau kerja-kerja pembinaan jambatan yang menghubungkan Manek Urai Baru dan Lama.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan, Makhtar Mustafa.

Pada kempen Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai, BN menjanjikan pembinaan jambatan baru bagi menghubungkan Kampung Manek Urai Baru dan Lama dengan kos RM14.1 juta, pengubahsuaian Masjid Temalir (RM600,000)

Selain itu, pusat sukan dan rekreasi di Manjor bernilai RM300,000 turut dibina.

Tuan Aziz tewas dalam pilihan raya kecil itu dengan majoriti 65 undi biarpun sebelum ini kawasan DUN itu merupakan kubu kuat Pas.

KOMEN : BN JUGA YANG TUNAIKAN JANJI WALAUPUN YANG MENANG PARTI PAS. WALAU BAGAIMANA PUN RAKYAT KELANTAN HARUS BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN PAS KELANTAN KERANA TELAH MENUNAIKAN JANJI BERUPA 'LADANG RAKYAT' DAN PUSAT PERNIAGAAN YANG SERUPA KANDANG KAMBING. TAHNIAH PAS....

No comments: