Selangor tidak bubar DUN - Khalid
DARI UTUSAN MALAYSIA 2.3.2011
SHAH ALAM 1 April - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya Kerajaan Persekutuan memilih untuk membubarkan Kabinet pada tahun ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat dengan alasan bahawa pembubaran DUN sesebuah negeri tidak semestinya mengikut Kerajaan Pusat.
Malah katanya, berdasarkan mandat yang diberikan oleh rakyat selepas pilihan raya umum lalu, DUN negeri sepatutnya berakhir pada 2013.
"Pada sidang kali ini saya ingin menegaskan bahawa DUN Selangor tidak akan dibubarkan pada tahun ini.
"Fenomena ini sebenarnya adalah satu ciri federalisme yang perlu dihayati oleh semua rakyat Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena penangguhan sidang DUN Ke-12 di sini hari ini.
Tambah Abdul Khalid, keputusan itu juga dibuat berikutan wujudnya desas-desus bahawa Kerajaan Persekutuan juga sedang menimbang untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 lebih awal.

KOMEN : KHALID SUDAH MULA MENGELABAH DAN MULA MENGELUARKAN ALASAN UNTUK TIDAK MEMBUBARKAN DUN SELANGOR SEBAB TAHU KERAJAAN BELIAU HANYA TINGGAL SISA. KHALID MASIH BELUM PUAS MENGADAI SEGALA HAK RAKYAT MELAYU SELANGOR KEPADA ORANG BUKAN MELAYU. BELIAU AKAN PUAS HATI BILA MELIHAT BANGSA MELAYU/ISLAM DISELANGOR MEREMPAT DI BUMI SENDIRI. PUAK PEMBANGKANG AKAN HANCUR BILA PRU 13 DIADAKAN....
No comments:
Post a Comment