Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Saturday, 2 April 2011

KARPAL BERBULU DENGAN MR. T

Sikap ‘pilih bulu’ Karpal dikecam
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 1 April – Pelbagai pihak hari ini mengecam Karpal Singh (gambar) kerana mengamalkan sikap ‘pilih bulu’ dalam isu video seks yang dipercayai melibatkan seorang pemimpin pembangkang apabila pengerusi DAP itu hanya menggesa polis menahan trio ‘Datuk T’.

Karpal bukan sahaja mahu trio Datuk T ditahan kerana melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 serta Seksyen 292 Kanun Keseksaan tetapi juga menolak cadangan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat video berkenaan serta menyifatkan pendedahan itu bertentangan dengan nilai moral.

Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, sikap ‘pilih bulu’ Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu membuktikan Karpal terperangkap dalam jerat ciptaannya sendiri akibat gagal membezakan antara kepentingan politik dan profesion selaku peguam.

“Saya suka mengingatkan Karpal, dalam isu bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, D. P. Vijandran, dia bukan sahaja memiliki dan mendedahkan video seks itu pada 1989 tetapi turut menyimpannya selama beberapa tahun. Kalau tidak silap video itu hanya diserah pada 1992.

“Kenapa pula pada masa itu tindakannya tidak salah di sisi undang-undang dan kenapa pula kami tidak boleh mencari kebenaran dengan menonton video itu. Sedangkan dahulu, dia sendiri menggesa pemimpin BN menonton video Vijandran,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim memberitahu, beliau tidak terkejut dengan sikap Karpal kerana dakwanya, itulah cara seorang pemimpin murahan DAP dan peguam yang gemar memutar-belit bertindak.

Sebagai contoh, katanya, pada tahun 1997 Karpal mendakwa mempunyai bukti Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat Azizan Abu Bakar dan Sukma Dermawan tetapi kemudian bertindak menjadi peguam bela kepada ketua pembangkang itu.

“Kalau dia bermaruah dan berprinsip, maka dia juga perlu bersetuju agar video seks yang dikatakan mirip Anwar itu ditayangkan kepada umum dan Anwar perlu bersara daripada politik,” jelasnya.

Bagi Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong, Karpal adalah sebahagian daripada kelompok penyokong Anwar yang sanggup memperalatkan apa sahaja undang-undang jika ia mampu memberi kepentingan politik kepada pembangkang.

Menurutnya, Pengerusi DAP itu menyokong Anwar secara membuta-tuli sehingga sanggup menolak cadangan penubuhan suruhanjaya diraja meskipun sedar langkah tersebut merupakan jalan penyelesaian terbaik bagi merungkai kebenaran.

“Dulu, kalau timbul apa sahaja berkait dengan isu yang mampu memberi keuntungan politik, Karpal dan puak-puak pembangkang inilah yang menyalak menuntut suruhanjaya diraja tetapi kenapa takut apabila video ini dikaitkan dengan Anwar,” soalnya.

Sementara itu, Bendahari Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Mohamed Aziz berkata, sikap hipokrit Karpal itu adalah manifestasi pembangkang yang bukan sahaja tidak bermoral malah prinsip perjuangan mereka sudah terkubur.

“Itulah sikap pembangkang, demi kepentingan politik meskipun bukti semakin jelas bahawa video seks tersebut adalah pemimpin pembangkang, semua kunci mulut. Inilah gaya politik lidah bercadang yang sanggup membunuh kebenaran,” katanya.

KOMEN : APA-APA YANG TIDAK MENDATANGKAN KEUNTUNGAN POLITIK KEPADA KARPAL DAN PARTI DAP, SINKI INI AKAN MULA MEMBELITKAN FAKTA. MASIHKAH KITA INGAT BILA KERAJAAN MENGADAKAN SIASATAN DIRAJA UNTUK CINA YANG BUNUH DIRI TU, MEREKA PAKAT-PAKAT TARIK DIRI SEBAB TAHU MEREKA TERPERANGKAP PERMAINAN POLITIK MEREKA SENDIRI. BEGITU JUGA DENGAN KES VIDEO INI... SIAPA PELAKONNAY TENTU RAKYAT MALAYSIA NAK TAHU?

No comments: