DARI UTUSAN MALAYSIA 1.4.2011
PEMANDU pasukan Proton Motorsport, Alister McRae (kanan) dan Chris Atkinson (dua dari kanan) akan memulakan aksi pada APRC Rali Malaysia di Johor hari ini.
JOHOR BAHRU - Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) FIA akan membuka tirai di sini hari ini dengan tumpuan terarah kepada pasukan tuan rumah iaitu Rali Proton Motorsport yang pastinya berazam melakar kejayaan di hadapan penyokong sendiri.
Proton juga pasti mahu menyusul kemenangan bergaya pada saingan Rali China yang merupakan pusingan terakhir APRC musim lalu, menyaksikan kedua-dua pelumbanya Alister Mcrae dan Chris Atkinson mengungguli kedudukan 1,2 ketika itu.
Tahun ini, Mcrae dan Atkinson masing-masing sedar mereka memiliki peluang untuk merampas gelaran juara keseluruhan, ditambah keyakinan bahawa kereta Satria Neo S2000 merupakan jentera yang lebih sempurna berbanding sebelum ini.
Justeru, misi dua pemandu penuh berpengalaman itu dan Proton memburu juara keseluruhan bermula dalam kejohanan selama tiga hari sehingga Ahad ini, dengan kemenangan sulung harus dijadikan batu loncatan.
Rali Malaysia akan dimulakan dengan upacara pembukaan di Kompleks Angsana hari ini dan para peminat sukan rali boleh menjangkakan aksi penuh mendebarkan daripada sejumlah 38 pemandu kerana ia juga diadakan seiring dengan Kejohanan Rali Malaysia AAM.
Peminat juga akan melihat kelibat beberapa pelumba handalan tempatan antaranya 'Flying Sikh', Karamjit Singh, Muhammad Rafiq Udhaya dan R.Gunaseelan.
Antara cabaran getir Rali Malaysia yang perlu ditempuhi adalah cuaca panas dan suhu tinggi yang dijangka mengakibatkan kepenatan kepada kedua-dua pemandu dan penunjuk arah.
Di sebalik cuaca panas terik pula, hujan juga menjanjikan cabaran berbeza.
Untuk cuaca lembap, cengkaman tayar pada permukaan menjadi sukar dan ia pastinya menguji kebolehan pemandu itu untuk menamatkan perlumbaan.

KOMEN : SEMUGA PASUKAN PROTON RALLI BERJAYA MENGHARUMKAN NAMA MALAYSIA....
No comments:
Post a Comment