Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 28 April 2011

Bencana sosio-politik akibat imigran


DATUK NOOR AZAM
bekas Setiausaha Politik
Tun Dr. Mahathir Mohamad.


SEJARAHNYA ada. Benar berlaku. Bukan sengaja direka-reka. Akibat kebanjiran imigran ke tanah air kita, bencananya jelas dan nyata. Bumi kita dikuasai, kekayaan kita dinikmati. Bidang kuasa mereka bertambah, kita pribumi terimaa padah Tetapi kita tak ambil tindakan yang serius, berterusan dan bersungguh-sungguh, seperti yang dilakukan oleh banyak negara lain di dunia.

Pada zaman keagungan Melaka mereka datang sebagai pedagang. Kerana persamaan agama, ramai yang jadi Melayu. Yang berlainan agama, bahasa dan budaya kekal dengan ciri-ciri bangsa mereka. Pada akhir tahun 1920-an dan awal tahun 1930-an Melayu sudah boleh dikatakan bangsa minoriti di Tanah Melayu. Di Singapura sekarang Melayu tinggal 15 peratus. Berapa peratus di Pulau Pinang, Ipoh, Seremban dan di Kuala Lumpur? Kita tidak sedar dan tak ada yang peduli.

Kaum pekerja dan peniaga yang mulanya datang dari negeri yang dulu kita kenal sebagai Benua China dan Benua India, sekarang datang dari segala benua - tanpa apa-apa sekatan. Hinggakan yang tak ada visa pun boleh masuk. Yang tak ada permit kerja, boleh bekerja. Visa pelajar boleh masuk ‘universiti’ di Bukit Bintang.

Kalau dulu kita salahkan kolonial Inggeris kerana membawa masuk pekerja dari China dan India, sekarang kita sendiri yang bawa masuk macam- macam bangsa, dari macam-macam negara. Malah kemasukan mereka sering dipermudah. Imigresen dan kastam kita dimarahi jika lambat melayan pendatang dengan hormat dan senyum mesra. Tak ada pegawai yang sambut kita dengan mesra di lapangan terbang London, Los Angeles dan Paris. Kita terus jadi penerima tamu yang sangat baik hati. Ramai pula pegawai dan rakyat kita yang utamakan kesenangan diri dan boleh dibeli. Dasar dan amalan kerajaan mengenai pendatang nampak sering berubah.

Kemasukan warga dari China dan Taiwan dipermudah. Memang ada undang-undang dan tindakan mengawal, tetapi yang datang “melencung” semakin ramai dan kegiatan mereka menambahkan macam-macam jenayah. Yang sudah datang lama, jadi warganegara, tak habis-habis, menuntut berbagai “hak” dan menimbulkan masalah politik.

Akhirnya sekarang, kita jadi takut untuk mengambil tindakan yang wajar meskipun untuk keutuhan negara. Akibatnya kuasa politik, malah agama kita, adat budaya kita, dihina dan digugat. Wakil rakyat DAP di Perak, dengan sengaja tidak memakai pakaian istiadat dan songkok ketika Raja Muda Perak membuka Sidang Dewan Undangan Negeri. Mereka bangga melakukan penghinaan seperti ini. Dan kita tak boleh berbuat apa-apa! Takut!

Kita tidak dihormati lagi, malah dikata nista. Kita semakin takut dan sentiasa cuba ‘membersihkan’ diri. Lalu kita teruskan dasar akomodasi, berbudi dan berkompromi, yang menyebabkan kita lemah dan takut. Di seluruh dunia maju mahupun mundur, bangsa lain mengukuhkan kuasa. Di sini - di tanah air sendiri - bangsa pribumi makin tak terdaya.

Utusan Malaysia 14 dan 15 Mac 2011 menyiarkan tulisan Ibrahim Ali yang kritikal membahas “kebanjiran warga asing”. Beliau menyebut dua kejadian baru yang sangat mengejutkan, iaitu “industri bikin anak” dan “beratus-ratus bekas tentera India berkhidmat di Pelabuhan Klang”.

Menurut Ibrahim, kedua-dua kejadian ini dan sindiket transmigrasi termasuk jenayah rentas sempadan, adalah antara sumber yang mengancam keselamatan dan kedaulatan negara kita. Ibrahim tidak pasti sama ada “industri bikin anak” dan pekerja bekas tentera India itu benar atau tidak. Maka diminta kerajaan membuat siasatan, kerana industri aneh ini “memang wujud di sebuah negara ASEAN.”

Adakah benar 300,000 warga asing tinggal di negara kita secara menipu? Adakah benar 24,000 daripada 49,000 penghuni penjara kita adalah warga asing? Kos menghantar pulang pendatang haram paling kurang RM3.5 juta setahun? Berapa ramai dan berapa belanja untuk memelihara pendatang haram di pusat-pusat tahanan?

Ibrahim tidak menyatakan maksudnya dengan jelas, tetapi berkali-kali menyebut aspek “keselamatan” dan “kedaulatan negara”. Ada mesej tersirat yang perlu kita fikirkan. Sesungguhnya kebanjiran imigran ratusan tahun lampau telah menggugat keselamatan dan keutuhan politik negara kita - 1948-1960 melalui gerakan komunis dan sekarang melalui gerakan politik.

Maka beliau menyarankan kerajaan “membekukan seluruh pengambilan buruh asing buat masa ini.” Ditegaskan, “Selagi pihak penguat kuasa undang-undang belum berjaya membanteras kehadiran seluruh warga asing di Malaysia secara haram, maka selagi itulah pembekuan ini perlu dikuatkuasakan.” Kehadiran yang mulanya ‘halal’ pun kemudian jadi haram juga.

Sebenaranya dalam beberapa tahun terakhir ini sudah banyak benar berita dan tulisan golongan prihatin mengenai masalah pendatang. Semuanya bagai angin lalu. Saya sendiri mula menulis tentang ini bertajuk “KitaYang Selalu Baik Hati” (1978), “Mengapa Pendatang Menguasai Kita” (2001), “Kumpulan ‘Kuda Liar’ dari Indonesia” (2002) dan “Undang-Undang Kita Terus Jadi Mainan” (2002), dan yang terakhir “Kita Dikelilingi Pendatang” (2011).

Saya menjangkakan dua pendedahan Ibrahim itu pasti mendapat reaksi yang banyak. Saya salah. Sikap Melayu tak berubah, termasuk Tan Sri dan Datuk-Datuk. Lebih tertarik kepada kisah-kisah sensasi politik Melayu dan lupa pada masalah hidup-mati kita yang sebenarnya. Maka saya tulis isu ini sekali lagi, menyokong amaran Ibrahim Ali.

Menyedarkan rakyat dan mendesak kerajaan mengambil tindakan lebih serius. Jangan biarkan kebanjiran warga asing tambah meruncingkan masalah sosio-politik di negara kita. Ada yang sudah dapat taraf pemastautin tetap dan warga negara, tetapi kesetiaan mereka tidak pada bumi ini.

Menurut Ibrahim, “Daripada jumlah pelancong yang tinggal lebih masa ini, rakyat India 26,252, Pakistan 9,719, China 3,866, Bangladesh 5,663 dan Sri Lanka 3,379 orang.” Angka ini menurut statistik rasmi 2007. Saya kira statistik ini tidak betul. Sekarang, termasuk yang tiada dalam statistik Imigresen, sudah berjuta jumlahnya. Makin ramai pula pendatang dari Vietnam, Myanmar, Asia Barat dan Benua Afrika. Dulu mereka ini tak datang. Sekarang negara ini jadi syurga mereka, neraka kita.

KOMEN : DALAM KETENANGAN RUPANYA ADA YANG BERKOCAK... MASALAH PENDATANG HALAL DAN HARAM MASIH TAK SELESAI...

2 comments:

Onna said...

Assalam sayang daddy,

kerajaan kita terlalu "BAIK", mengalu2kan kedatangan dorang ni...
sampaikan syarat2 visa pun dilonggarkan... ada yang tak perlu bervisa2 dah... pastu datang visa belajar... tapi mengajar anwar berahim kat bilik hotel...kaum india yang paling ramai tu... adalah yang serve kita makan kat restoran mamak.. dahlah tak pandai cakap melayu... order lain, lain yang sampai... tapi kalau pergi restoran melayu plak, dari tukang masak, cashier, waitres sumernya indon... alahai...

AJAI62 said...

Assalam Syg Mum

Tahu tak pe