Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 20 April 2011

'ADA JUGA YANG TAKUT '

‘Kami tidak takut didakwa’
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 19 April – Trio ‘Datuk T’ hari ini mendedahkan bahawa mereka tidak sedikit pun takut untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, kerana menayangkan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Semua trio tersebut, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim berkata, mereka sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.

Malah mereka juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah, bagi membuktikan pendedahan mengenai rakaman video seks tersebut adalah benar membabitkan ketua pembangkang tersebut, sebagaimana yang didakwa.

Shazryl Eskay ketika dihubungi berkata, beliau tidak akan sesekali membantah sebarang tindakan undang-undang, jika benar pihak Peguam Negara mahu mendakwa trio Datuk T di mahkamah, atas kesalahan memiliki serta mengedarkan rakaman video seks berkenaan.

“Kami serah sepenuhnya kepada pihak polis dan Peguam Negara. Di pihak kami, apa juga keputusan dan arahan pihak berkuasa kami akan patuh termasuk pergi ke mahkamah. Kami akan memberi kerjasama 100 peratus kepada semua yang terlibat kerana kami sedar ini adalah perjuangan demi kebenaran.

“Oleh itu, kami bukan sahaja sanggup ke mahkamah tetapi kami juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah. Ini kerana saya yakin, kami di pihak yang benar dan tiada sebarang keraguan bahawa lelaki itu memang Anwar,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Shuib pula memberitahu, pihaknya memang sedar akan risiko perundangan yang terpaksa dihadapi kerana pendedahan itu tetapi menegaskan, perjuangan menyedarkan rakyat mengenai moral adalah lebih penting berbanding kebimbangan dikenakan hukuman oleh mahkamah.

Katanya, atas niat yang murni tersebut jugalah sehingga kini, semua trio Datuk T tidak mendapatkan sebarang khidmat guaman bagi menghadapi kemungkinan pendakwaan kerana yakin, Allah akan menolong golongan yang berjuang untuk mengelakkan negara ini dari di perintah individu tidak bermoral.

“Pada saya, pendedahan ini bukan bertujuan mahu mengedarkan rakaman video seks tetapi untuk membolehkan rakyat menjadi saksi. Kalau ingin mengedar, rakaman tersebut sudah dicetak sebanyak 20,000 salinan tetapi sehingga kini hanya 15 individu sahaja yang dibenar menontonnya,” jelas beliau.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, jika Shazryl Eskay sanggup melakukan sumpah laknat termasuk di depan Kaabah, Anwar yang selama ini menampilkan imej Islamik di mata masyarakat juga perlu ada keberanian dan kepercayaan tersebut, dalam mencari kebenaran sebagaimana dituntut oleh agama Islam.

Sambil mengakui bahawa dirinya juga sudah bersedia untuk menerima apa juga keputusan Peguam Negara, bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, beliau juga sanggup berdepan dengan Anwar dalam apa juga situasi, selepas ketua pembangkang itu bermati-matian menafikan beliau terlibat dalam aksi video seks itu.

Pelakon video seks juga perlu didakwa - Perkasa

KUALA LUMPUR 19 April - Pihak berkuasa digesa supaya jangan membuat pendakwaan terpilih dengan hanya memberi fokus kepada pihak yang memiliki dan mendedahkan rakaman video seks, yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang

Sebaliknya, pendakwaan juga perlu dilakukan terhadap 'pelakon' dalam video seks tersebut kerana jelas, hubungan seks melibat seorang lelaki yang mirip pemimpin pembangkang itu memang berlaku, selain polis juga sudah mempunyai bukti lengkap mengenai identiti lelaki tersebut.

Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, pihak berkuasa tidak sepatutnya memberi layanan yang berbeza.

"Kita bukan mempersoalkan kewibawaan pihak berkuasa dan Jabatan Peguam Negara dalam hal ini tetapi, berdasarkan kenyataan polis, seolah-olah hanya trio 'Datuk T' sahaja yang bakal didakwa di mahkamah kerana kesalahan memiliki dan menyebarkan video seks.

"Bagaimana pula dengan orang yang melakukan hubungan seks? Kenapa sehingga kini tiada usaha serius untuk menghadap orang ini ke Mahkamah Syariah? Kalau begini keadaannya, tidak hairan jika tiada lagi orang ramai berani tampil untuk mendedahkan mengenai aktiviti seks selepas ini.

"Kalau begini mana-mana pemimpin bebas melanggan pelacur selepas ini dan tidak perlu bimbang jika aksi mereka dirakam, kerana pihak berkuasa hanya akan mendakwa mereka yang mendedahkannya," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani bahawa, trio 'Datuk T' mungkin berdepan dengan pendakwaan jika Peguam Negara memutuskan untuk berbuat demikian.

KOMEN : KEKADANG PELIK JUGA DENGAN UNDANG-UNDANG MANUSIA YANG ADA... DISAMPING NAK MENCEGAH JENAYAH DARI MEREBAK SECARA TAK LANGSUNG MENGGALAKAN PERSALAHLAKU TERUS MEMBUAT JENAYAH... UMPAMA KES VIDEO SEKS, YANG MENJADI PEMBERI MAKLUMAT AKAN DIDAKWA KERANA MEMILIKI DAN MENAYANGKAN TAPI BELUM LAGI MENGEDAR SEDANGKAN YANG MELAKUKAN KERJA SUMBANG TU BEBAS MENJELAJAH DUNIA TANPA ADA PERASAAN MALU TERHADAP DIRI SENDIRI.. ADAKAH DI MALAYSIA INI MELANGGAN PELACUR TIDAK SALAH TAPI YANG MELACUR ITU YANG SALAH...? BUKANKAH KEDUANYA SALAH? SEBAB YANG SATU BUAT PERMINTAAN DAN YANG SATU LAGI BUAT PENAWARAN... MACAM NI NAK TANYA SAUDARA MAZIDUL YANG LEBIH ARIF KERANA SERING IKUT PDRM MENANGKAP PELACUR ...HEHEHE

2 comments:

Onna said...

Assalam Sayang Daddy,

Nampak gayanya... kalau report kena rogol nanti.. kena mintak 4 saksi (kalau yang merogol tu ahlul PASlah) .. nak mintak DNA bukannya senang lak tu... sebab ADA kes tu.. nak amek DNA dia kena pakai trick sikit... undang2 kena ikut kemajuan dunia... sudah semakin mudah...bukan semakin merumitkan... nampak gayanya lepas ni...susah orang nak melaporkan kemungkaran seperti ni sebab takut didakwa... haaa lantaklah kalau yang bakal jadi pak menteri ke, pak perdana menteri ke adalah kaki sondol depan belakang..china or all rounder doll...hehehhe... mau terbalik Malaysia dibuatnya...nauzubillah

AJAI62 said...

Assalam Syg Mum

Lagi satu kalau ada empat saksi pun, saksi tu kena charge sebab subahat...
Takan tak tolong kot... atau saksi tu pun sama merasa...hehehee