Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 8 September 2014

POLITIK : Keputusan '17 Ogos' dipertahankan




TUMPAT 6 Sept. - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (gambar) tetap berpegang kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada 17 Ogos lalu berhubung nama calon bagi jawatan Menteri Besar Selangor biarpun dilihat tidak sehaluan dengan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai kaedah 'budi bicara' dalam membuat keputusan untuk parti seperti yang dinyatakan oleh Abdul Hadi bagi mewajarkan Presiden Pas itu membuat keputusan sendiri.

"Saya tak tahu, itu kena tanya dia (Abdul Hadi), saya tidak mahu tambah apa-apa. Saya akan dengar taklimat dan saya bersama keputusan Pas Pusat pada 17 haribulan (Ogos), yang lain-lain itu khabar angin," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Markas Besar Pas sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, dekat sini malam tadi.

Kemelut politik di Selangor berlarutan apabila Pas dilaporkan bertindak menghantar tiga nama untuk jawatan Menteri Besar kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Meskipun dilihat bertentangan dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada 17 Ogos lalu, Abdul Hadi menjelaskan keputusan tersebut dibuat bagi menggambarkan ketegasan pendirian parti tanpa dipengaruhi mana-mana pihak luar.

Beliau berkata, keputusan itu juga dibuat mengikut dasar perjuangan Presiden Pas terdahulu sejak 1959 yang menggunakan budi bicara, selain prinsip dan konsep Raja Berperlembagaan yang dipegang oleh Pas sejak sekian lama.

Mengulas lanjut, Mat Sabu berkata, Abdul Hadi dijangka menyampaikan taklimat berkaitan perkara tersebut kepada barisan pucuk pimpinan parti lain dalam mesyuarat Pas Pusat yang dijadual berlangsung esok.

Ditanya sama ada beliau mengetahui nama siapa yang terkandung dalam senarai kontroversi itu, Mat Sabu sekadar berkata: "Saya tidak tahu."

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140907/po_03/Keputusan-17-Ogos-dipertahankan#ixzz3Ch10kkyd  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: