Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 17 September 2014

POLITIK : Majlis Syura Ulama tentukan kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang


Abdul Hadi Awang


LEDANG 16 Sept. - Kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang tidak akan dibincangkan dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-60 yang bermula hari ini di Johor, sebaliknya perkara itu diserahkan kepada Jawatankuasa Politik serta Majlis Syura Ulama untuk ditentukan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sehingga perkara itu ditentukan, tahaluf siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tetap diteruskan sementara usul mengenai perkara itu dalam muktamar kali ini tidak perlu dikemukakan.

"Saya rasa tidak perlu kepada usul itu (membincangkan kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang). Terserah apabila Jawatankuasa Politik dan Majlis Syura Ulama menilainya dari segi hukum syarak.

"Sehingga hari ini Pas masih dalam pakatan rakyat," katanya dalam sidang akhbar selepas Ceramah Penerangan Perdana di Maahad Tahfiz Al-Muhammadi di Parit Medan, Kudang Ulu dekat sini, malam tadi.

Beliau mengulas muktamar kali ini yang dijangka hangat dan bakal menentukan hala tuju parti tersebut berikutan konflik yang berlaku antara kepemimpinan ulama dan golongan Anwarinas dalam isu Menteri Besar Selangor dan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Dewan Pemuda Pas Pusat akan membuka tirai Muktamar Tahunan Pas Ke-60 pada malam ini bertempat di Dewan Choon Moi, Kota Tinggi diikuti muktamar Dewan Ulama dan Dewan Muslimat esok.

Abdul Hadi berkata, isu mengenai calon yang akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor juga tidak akan dibincangkan dan Pas akan menerima apa sahaja keputusan Sultan Selangor berhubung perkara itu.

Katanya, usul berkaitan isu semasa lain akan dibawa dan perjalanan muktamar berkenaan adalah seperti biasa dilakukan secara tahunan termasuk yang pernah berlangsung di Perlis, Perak dan Terengganu.

Mengenai peluang Pas untuk menang dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, beliau berkata, masih terlalu awal untuk meramalkan perkara tersebut.

"(Masih) terlalu awal sebab saya pergi dua hari sahaja semalam. Jentera Pas sangat aktif dibantu (jentera) negeri lain," katanya.

Menurutnya, Pas tidak gentar berdepan tentangan dua lagi calon kerana perkara itu pernah berlaku sebelum ini.

Terdahulu, Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, tidak ada sebab Pas berpisah dengan pakatan pembangkang, namun jika ditakdirkan demikian, empat kerusi DUN yang dimenangi parti itu di negeri ini akan hilang.

Beliau yang juga Ahli Majlis Syura Ulama berkata, ini kerana kemenangan Pas turut dibantu orang bukan Islam, namun mengingatkan ahli Pas agar tidak menjadikan tahaluf siyasi bersama PKR dan DAP menjejaskan ketaatan kepada kepemimpinan parti itu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140917/po_03/Majlis-Syura-Ulama-tentukan-kedudukan-Pas-dalam-pakatan-pembangkang#ixzz3DYU4dwlK  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: