Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 24 September 2014

POLITIK : Pelantikan bukti Azmin 'anak emas' Anwar?


Nallakaruppan

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Pelantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor bukanlah perkara mengejutkan, sebaliknya mengukuhkan dakwaan bahawa Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merupakan 'anak emas' nombor satu Penasihat parti tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk Seri S. Nallakaruppan berkata, mengenali Anwar sebagai 'pelakon nombor satu', adalah tidak mustahil pencalonan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini hanyalah untuk mengalihkan perhatian ahli parti dan rakyat.

Katanya, hal demikian kerana Anwar menyedari jika nama Azmin dicalonkan terlebih awal dan dipertahankan, akan terdapat bantahan daripada PKR sendiri kerana dia mempunyai banyak musuh dalam parti.

"PKR dan pakatan pembangkang bergelora selepas Wan Azizah dicalonkan namun Pas telah memberikan restu apabila mengemukakan nama Azmin kepada Istana Selangor sebagai alternatif.

"Restu Pas amat penting bagi Anwar untuk meredakan keadaan, apabila umpan sudah mengena, barulah Azmin dapat 'memotong di selekoh'. DAP macam biasa akan ikut asalkan mendapat manfaat dan tidak terjejas," katanya.

Beliau mengulas pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim walaupun Anwar sebelum ini bermati-matian mempertahankan pencalonan tunggal Wan Azizah.

Mengulas lanjut, Nallakaruppan berkata, wajah berseri-seri Azmin sewaktu keluar daripada Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi membuktikan dia begitu seronok dilantik sebagai Menteri Besar.

Beliau mempersoalkan, sebagai pengikut setia sejak dilantik sebagai Setiausaha Peribadi kepada Anwar pada 1 Oktober 1987, adakah Azmin berani menunjukkan muka gembira sehingga melayan soalan daripada pemberita.

"Saya tahu, yang keluar dahulu malam tadi adalah Anwar dan Wan Azizah diiringi Azmin. Anwar dan Wan Azizah mukanya masam dan menegaskan tiada sidang akhbar sebaliknya PKR hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi.

"Melihatkan wartawan ramai, Azmin naik semula ke pejabat dan kira-kira sejam selepas itu turun dengan muka gembira dan menjawab soalan wartawan.

"Bagi saya, selepas pelbagai pengorbanan Azmin kepada Anwar termasuk perkara di luar pemikiran masyarakat, Azmin sememangnya layak mendapat habuan, Dia juga sudah lama tunggu dan sebab itu saya kata Azmin dan Anwar ini ibarat 2x5=10," katanya.

Dalam pada itu, Nallakaruppan berkata, kenyataan beliau bukannya mempertikaikan pemilihan Azmin oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana baginda sendiri membuat pelantikan berdasarkan nama-nama yang diserahkan parti dalam pakatan pembangkang.

Sementara itu, Nallakaruppan berkata, Azmin kini mempunyai peluang untuk menafikan beliau merupakan 'anak emas' Anwar dengan tidak melantik semula Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor itu selepas dipecat oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, semalam.

"Saya cabar Azmin ketepikan Anwar, buatlah kalau benar-benar anak jantan. Ini peluang terbaik untuk tolak dakwaan semua pihak baik dari dalam atau luar parti sendiri," tegasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140924/po_04/Pelantikan-bukti-Azmin-anak-emas-Anwar#ixzz3ECt5rZMh  © Utusan Melayu (M) Bhd 



2 comments:

Anonymous said...

Politik malaysia sebenarnya, menghadapi konflik perasaan kekeluargaan dan bukan berjuang secara berkumpulan yang di iktiraf oleh rakyat,setelah di beri amanah.Perasaan sayang pada bini,takut pada bini sebenar2nya wujud sehingga perjalanan survival politik melayu bergerak dalam keadaan gelong.Untuk menampakan kemahcoran sepanjang politik semasa,maka teknik magic di perlakukan utk mengaburi mata makluk, di sepelusuk alam di dalam malaysia.

AJAI62 said...

JANGAN SEBUT BINI...NANTI PEMBODEK DAN MACAI PR DAN BN MARAH...SETUJU SEMUANYA PASAL BINI...DAH NAIK MELUAT PULAK...MCM CERITA DALAM DRAMA TV PULAK...APA PUN YG MASIH TAK SEDAR AKAN KE LONGKANGLAH..