Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 19 September 2014

POLITIK : Azmin atau Iskandar MB Selangor? - SELESAIKAH MASALAH RAKYAT SELANGOR?

Oleh ZULKIFLI SAINUDDIN
pengarang@utusan.com.my

Azmin Ali, Iskandar Abdul Samad

SHAH ALAM 18 Sept. _ Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali selain ADUN Chempaka dari Pas, Iskandar Abdul Samad disebut-sebut bakal dilantik sebagai Menteri Besar baharu Selangor.

Pengumuman nama itu dijangka dibuat esok atau selewat-lewatnya Isnin depan sebelum upacara angkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang pada Selasa ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Munir Bani yang mengesahkan telah mengedarkan surat jemputan ke upacara itu walau bagaimanapun enggan mendedahkan nama Menteri Besar baharu tersebut.

Nama Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) disebut-sebut selepas pencalonan tunggal Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail oleh PKR dan DAP, ditolak.

Difahamkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berusaha bermati-matian mahukan isterinya itu dilantik sebagai Menteri Besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat daripada PKR.

Anwar sebelum ini malah sanggup mengingkari titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan menghantar satu nama sahaja sehingga dianggap derhaka.

Pas pula dari awal konsisten menolak pencalonan Menteri Besar daripada parti itu kerana menganggapnya sebagai milik PKR walaupun difahamkan turut mencalonkan nama Iskandar.

Satu sumber menyebut, Azmin dipilih atas dasar kedudukannya yang paling layak dalam kalangan pemimpin PKR selepas Wan Azizah.

"Nama Wan Azizah difahamkan ditolak oleh pihak istana kerana tidak mahu mana-mana calon Menteri Besar 'kawalan jauh' yang bermaksud dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu," katanya.

Menurutnya, Sultan Selangor difahamkan mahukan Menteri Besar yang bukan hanya dipilih berdasarkan sokongan majoriti ADUN tetapi juga mampu meletakkan kepentingan rakyat sebagai perkara utama selain berkebolehan melaksanakan tadbir urus negeri ini.

Iskandar semasa dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, sehingga kini beliau tidak mendapat apa-apa maklumat atau dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

"Saya tidak tahu apa-apa (mengangkat sumpah), bukan saya. Saya kini berada di Muktamar Pas, saya tak tahu siapa yang akan jadi Menteri Besar," katanya.

Azmin pula gagal dihubungi untuk mendapatkan pengesahan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140919/po_01/Azmin-atau-Iskandar-MB-Selangor#ixzz3DkDWaqSp  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: