Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 23 September 2014

SUKAN ASIA 2014 : Malaysia benam Bangladesh


INCHEON - Aksi lambat panas skuad hoki lelaki kebangsaan ketika menentang Bangladesh dalam saingan peringkat Kumpulan A Sukan Asia mengundang rasa kurang senang jurulatih Arul Selvaraj, biarpun mencatat kemenangan 5-1 di Stadium Seonhak, semalam.

Pada perlawanan tersebut pasukan kebangsaan terpaksa menunggu selama 20 minit untuk mendapatkan jaringan awal menentang Bangladesh yang berada di ranking ke-30 dunia.

Arul berkata, dia tidak berpuashati dengan permainan pasukannya terutama pada awal perlawanan kerana beraksi seperti kurang bertenaga.

"Saya kecewa kerana mereka tidak menunjukkan sikap dan kekuatan sebenar mereka pada permulaan saingan.

"Pasukan hanya menunjukkan kekuatan sebenar ketika suku terakhir perlawanan dan saya berpendapat sepatutnya pada awal permainan mereka perlu mempamerkannya," kata Arul dalam sidang akhbar selepas tamat perlawanan, di sini semalam.

Pada perlawanan tersebut skuad kebangsaan memperoleh jaringan sulung menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Muhammad Razie Abd. Rahim pada minit ke-20 sebelum Bangladesh berjaya menyamakan kedudukan 10 minit selepas itu hasil gol padang pemainnya, Das Krishno Kumar.

Tersentak dengan jaringan penyamaan membuatkan Malaysia mula menunjukkan aksi sebenar dan menambah empat lagi gol menerusi Muhammad Marhan Mohd. Jalil (minit ke-46), Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin (minit ke-52), Mohd. Shahrun Nabil Abdullah (minit ke-59) dan Muhammad Razie (minit ke-60).

Sementara itu, penjaring gol tunggal Bangladesh, Krishno Kumar ketika ditemui berkata, biarpun pasukannya tewas, namun dia tetap gembira dengan aksi yang dipamerkan rakan sepasukannya ketika menentang Malaysia yang menghuni ranking ke-13 dunia.

"Kami dapat mengawal perlawanan dengan baik terutama pada awal saingan dan bermain seperti yang dirancang.

"Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi kami kerana tidak dapat bertahan lebih lama ketika pasukan lawan melancarkan serangan," kata Krishno Kumar.

Selepas ini Malaysia dijadual menentang Korea Selatan pada 25 September dalam aksi ketiga peringkat Kumpulan A. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140922/su_03/Malaysia-benam-Bangladesh#ixzz3E6Lukjm2  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: