Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 12 September 2014

POLITIK : Peringatan Dewan Ulama Pas - AGAK2 BERAPA LAMA BOLEH BERTAHAN..?

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD 
utusankelantan@utusan.com.my

AHMAD Yakob (tengah) pada program Halaqah Wacana Pemikiran Tok Guru di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 11 Sept. - Dewan Ulama Pas sekali lagi mengingatkan pendukung parti itu agar tidak membangkitkan isu tindakan dan arahan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung jawatan Menteri Besar Selangor sebaliknya mengukuhkan kesatuan menghadapi lawan politik mereka.

Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, pengkritik daripada parti itu sepatutnya sedar matlamat perjuangan mereka.

Beliau berkata, semua pihak perlu merujuk kepada peruntukan dalam perlembagaan parti itu dan pihak yang berhak mentafsirnya iaitu Majlis Syura bagi memahami kekeliruan yang sengaja dibangkitkan mengenai kuasa Abdul Hadi sebagai Presiden.

"Saya rasa lebih baik kita tidak panjangkan benda ini, yang lepas itu biarlah lepas, yang paling penting kita bentuk solidariti kita dalam pakatan untuk menghadapi UMNO.

"Kita kena tahu apa matlamat kita sebenarnya, apa yang berlaku itu (kritikan) exercise sahaja kerana muktamar pun sudah dekat.

"Kita balik kepada peruntukan yang diberi dalam perlembagaan Pas, saya rasa kalau semua pihak berpandu kepada perlembagaan mengenai hak siapa untuk mentafsir atau tidak, itu telah ditentukan oleh perlembagaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Halaqah Wacana Pemikiran Tok Guru di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Pesurujaya II Pas Kelantan yang juga Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Johari Mat.

Ahmad diminta mengulas tindakan Setiausaha Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) Pas Pusat, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus yang mendakwa Abdul Hadi telah melanggar perlembagaan parti dalam isu pelantikan Menteri Besar Selangor.

Abang Ahmad Kardee dilaporkan berkata, jawatan yang dipegang oleh Abdul Hadi tidak membolehkan beliau mengambil kata putus tanpa bermesyuarat dengan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat terlebih dahulu dalam apa jua perkara.

Sebelum ini, Dewan Ulama Pas telah mengeluarkan kenyataan tegas menasihati ahli-ahli Pas agar menghormati tindakan Abdul Hadi dan memberikan ketaatan serta thiqah (kepercayaan) atas tindakan beliau.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140912/po_01/Peringatan-Dewan-Ulama-Pas#ixzz3D3ghGx00  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: