Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 18 September 2014

POLITIK : Tahaluf siyasi tidak semuanya kekal


Muhammad Khalil Abdul Hadi

KOTA TINGGI 17 Sept. - Kedudukan tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara Pas de-ngan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidak semestinya kekal kerana ia boleh berubah mengikut keadaan semasa.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kerjasama tersebut perlu dilihat sama ada memberi keuntungan kepada Islam atau tidak bagi memastikan perjuangan Pas sentiasa berada pada landasan yang tepat.

Katanya, tahaluf siyasi hanyalah strategi tetapi dasar yang diperjuangkan Pas harus diutamakan termasuk kedudukan Majlis Syura Ulama yang penting bagi meneruskan politik cara Islam.

"Seperti yang dite-gaskan Majlis Syura Ulama, Pas akan terus berada dalam pakatan pembangkang tetapi perkara itu (tahaluf siyasi) boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa.

"Maka di sini kita perlu melihat strategi dan dasar kerana kedua-dua itu merupakan perkara yang berbeza dan paling penting dasar Islam yang diperjuang akan sentiasa di landasan," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Dewan Pemuda Pas di Dewan Choon Moi, di sini hari ini.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din hari ini meminta Dewan Ulama Pas meneliti sama ada kerjasama politik parti itu dalam pakatan pembangkang perlu diteruskan atau tidak demi mengelakkan fitnah berterusan ke atas pemimpin utama parti tersebut.

Ketika mengemukakan cadangan itu semasa merasmikan Muktamar Dewan Ulama di Kulaijaya dekat sini, Haron berkata, "setiap hari ada fitnah" yang dilemparkan kepada Majlis Syura Ulama; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan semua ahli Pas.

Beliau menegaskan, Pas perlu mengambil jalan terakhir keluar daripada pakatan pembangkang jika syarat kerjasama itu tidak dapat dipulihkan.

Menurut Muhammad Khalil, umat Islam perlu berpegang kepada syarak melainkan perkara yang haram akan tetap haram, manakala perkara halal tetap dihalalkan.

"Politik Islam bukan berpandukan kepada akal semata-mata tetapi berlandaskan nas al-Quran agar perkara yang kita lakukan diredai Allah dan di sinilah perlunya golo-ngan ulama kerana Pas merupakan gerakan Islam yang sentiasa me-lakukan ijtihad politik termasuk tahaluf siyasi," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140918/po_03/Tahaluf-siyasi-tidak-semuanya-kekal#ixzz3Dd5JSWKY  © Utusan Melayu (M) Bhd 


Usah terlalu seronok bertahaluf siyasi

KULAIJAYA 17 Sept. - Seorang perwakilan Dewan Ulama Pas me-minta ahli-ahli parti itu supaya tidak terlalu seronok dalam menjalankan tahaluf siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sehingga terlupa bahawa mereka adalah ahli Pas.

Wakil Dewan Ulama Pas Selangor, Izwan Badawi berkata, dalam apa keadaan sekali pun ahli-ahli Pas perlu memahami mereka berada dalam parti Islam tersebut.

"Apabila berada dalam Pas mereka perlu memahami Dewan Ulama menjadi benteng terakhir bagi memastikan mereka tidak terpesong dan mempertikaikan keputusan parti," katanya ketika membahaskan ucaptama Pemangku Ketua Dewan Ulama pas, Datuk Ahmad Yaacob dalam Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas, di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun di mana pun ahli Pas berada, mereka perlu menilai diri dan sentiasa menjaga adab berjemaah.

Sementara itu, Wakil Dewan Ulama Pas Melaka, Mihat Mahmud mengingatkan semua ahli supaya sentiasa berwaspada kerana dalam ghairah berpolitik boleh menimbulkan bidaah apatah lagi masyarakat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum.

"Jadi, kita harus jaga tindakan supaya kita tidak lari daripada landasan Islam dalam usaha kita meraih sokongan dan undi masyarakat yang berbilang kaum dan kepercayaan," katanya.

Wakil Dewan Ulama Pas Negeri Sembilan, Abdul Hadi Isa meminta supaya Pas memperkukuhkan agenda tarbiah di semua peringkat bagi memberi kefahaman yang tulen kepada ahli dan masyarakat.

"Sekiranya tarbiah kita mantap, insya-Allah kita akan beroleh kejayaan," katanya sambil menegaskan perlunya ahli taat kepada pemimpin yang dipilih dan telah diberi kepercayaan.

Mustaqim Aling yang mewakili Dewan Ulama Pas Sabah pula menggesa supaya ahli-ahli parti itu tidak sewenang-wenangnya mengkritik seseorang pimimpin secara terbuka khususnya menerusi media sosial kerana akan memberi ruang kepada musuh politik mereka mengambil kesempatan.

"Kalau nak buat teguran, pergi jumpa bersemuka dan nyatakan teguran, bukannya sesuka hati kritik dalam Twitter atau WhatsApp," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140918/po_04/Usah-terlalu-seronok-bertahaluf-siyasi#ixzz3Dd65I97O  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: