Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 11 September 2014

EURO 2016 : Czech malukan Belanda


PEMAIN Republik Czech, Vaclav Pilar (dua dari kanan) meraikan jaringannya sementara penjaga gol Belanda, Jasper Cliessen (kiri) kelihatan begitu kecewa dalam perlawanan kelayakan Euro 2016 di Prague, Republik Czech semalam. - REUTERS

PRAGUE, Republik Czech - Pemain gantian, Vaclav Pilar menjaringkan gol pada penghujung perlawanan untuk membolehkan Republik Czech menewaskan Belanda 2-1 dalam perlawanan pembukaan kelayaan Euro 2016 Kumpulan A semalam.

Borak Dockal meletakkan tuan rumah di depan pada babak pertama, namun Stefan de Vrij meledakkan gol penyamaan pada minit ke-55, sebelum jaringan Pilar memastikan kemenangan menjadi milik pasukannya.

Belanda menduduki tempat ketiga dalam Piala Dunia di Brazil tetapi sejak jurulatih Guus Hiddink menggantikan tempat Louis van Gaal, pasukannya kini telah kalah dua kali apabila sebelum ini tewas kepada Itali 2-0 dalam perlawanan persahabatan Khamis lalu.

Skuad Oranje kehilangan beberapa pemain bintang, Arjen Robben, Klaas-Jan Huntelaar dan Ron Vlaar, dan Hiddink kini terpaksa menerima kekalahan dalam perlawanan kompetitif pertama Belanda dalam aksi 90 minit sejak Euro 2012.

"Kekalahan ini sungguh pahit apabila anda tewas pada saat-saat akhir. Formasi bukan satu isu, Czech membuat jaringan selepas kesalahan individu di bahagian kanan. Apabila pertahanan melakukan banyak kesalahan, anda tidak boleh menyalahkan salah satu formasi permainan kami hari ini.

"Czech tidak membenarkan kami mencipta banyak peluang. Tetapi kami dapat juga sedikit (peluang), bagaimanapun mereka tidak membenarkan kami membuat jaringan. Kami belajar sesuatu daripada perlawanan pembukaan ini," katanya yang memulakan formasi yang sama seperti di Brazil, 5-3-2 sebelum menukarnya kepada 4-3-3 selepas Czech meledakkan gol pertama.

Pasukan pelawat ketingglan pada minit ke-22 setelah David Lafata memberi laluan kepada Dockal untuk membuat jaringan menakjubkan menerusi voli kaki kiri dari jarak 18 meter.

De Vrij menyamakan kedudukan pada minit ke-55 menerusi tandukan daripada hantaran cantik oleh pemain baharu Manchester United, Daley Blind yang melepasi penjaga Chelsea, Petr Cech.

Bagaimanapun tuan rumah, yang tersingkir daripada kelayakan Piala Dunia, terus mengasak dan mendapat gol kemenangan apabila pertahanan Belanda, Daryl Janmaat tertanduk bola ke arah penjaga gol mereka, Jasper Cillessen.

Bola kemudian melepasi Cillessen setelah melantun dari tiang, dan pemain sayap Viktoria Pilsen, Pilar mendapat peluang mudah untuk membuat jaringan ke dalam gawang yang terbuka. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140911/sl_02/Czech-malukan-Belanda#ixzz3CyFtm69i  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: