INCHEON - Curi satu mata daripada perseorangan dan dua menerusi acara beregu.
Itu strategi mudah yang dimiliki Malaysia sekiranya mahu menum-bangkan penyandang juara dan pilihan utama, China pada separuh akhir badminton berpasukan lelaki Sukan Asia XVII, hari ini.
Walapun tidak mudah, namun suka atau tidak, jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei perlu menang ke atas pemain No. 2 dunia yang baru mengecewakannya pada final Kejohanan Dunia bulan lalu, Chen Long dalam perseorangan pertama untuk mencerahkan peluang Malaysia.
Jika Chong Wei berjaya mengha-diahkan mata pembuka semangat, ia kemudian terpulang kepada dua pasangan negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Tan Boon Heong-Hoon Thien Heong untuk menentukan destinasi pasukan negara.
Seandainya Malaysia gagal me-raih kemenangan daripada salah satu acara beregu, maka peluang tampak cukup tipis kerana Chong Wei Feng bukan saja gagal mempamer aksi meyakinkan sejak akhir-akhir ini, malah dijangka menentang juara dunia lima kali, Lin Dan yang menggalas tugas perseorangan kedua China.
Andai permainan diheret ke perseorangan ketiga, Malaysia mungkin menurunkan pemain yang belum diuji sepenuhnya di pentas besar, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, manakala China pula dijangka meletakkan pemain muda, Gao Huan.
Semalam, Iskandar mem-buat penampilan sulung Sukan Asia dengan cemerlang apabila menghadiahkan mata kemenangan Malaysia ketika menum-paskan Nepal 3-0 di suku akhir. Dia hanya memerlukan 15 minit untuk menundukkan Sajan Krishna Tamrakar 21-3, 21-4.
Chong Wei pula mudah me-numpaskan Ratna Jit Tamang 21-10, 21-12 hanya dalam masa 27 minit, manakala Wei Feng menghadiahkan mata kedua dengan menang 21-10, 21-13 ke atas Bikash Shrestha.
"Saya tidak fikir China akan menurunkan Lin Dan sebagai perseorangan pertama, mereka pasti mahu menurunkan Chen Long sebagai strategi terbaik.
"Walaupun mereka adalah pasukan pilihan, tetapi Malaysia adalah pasukan yang baru melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Thomas, jadi China juga mahu berhati-hati," kata Chong Wei.
China yang dikejutkan 0-3 oleh Jepun pada separuh akhir Piala Thomas, Mei lalu dilihat sudah bangkit daripada kekalahan yang memalukan itu apabila mudah me-nundukkan Hong Kong 3-0 pada suku akhir semalam.
Bagaimanapun Chong Wei menegaskan, turun dengan status underdog dalam pertemuan di Stadium Gyeyang hari ini tidak sepatutnya meletakkan Malaysia dalam keadaan tertekan kerana yang penting adalah memberi tumpuan kepada permainan sendiri.
Malaysia tidak pernah menju-arai acara berpasukan dalam sejarah Sukan Asia, sedangkan China pula turun bersama status sebagai juara lima kali. - UTUSAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140922/su_02/Strategi-tumbangkan-China#ixzz3E6Krsmfg © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment