Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 19 September 2014

SALAM TAKZIAH : Maut dirempuh kereta pensyarah

Oleh FAZRINA AYU RADUIAN 
pengarang@utusan.com.my


SHAH ALAM 18 Sept. - Seorang pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini maut apabila dirempuh oleh kereta yang dipandu pensyarah universiti berkenaan.

Akibat rempuhan dalam kejadian yang berlaku pukul 5.40 petang ini, pelajar yang dikenali sebagai Fatin Farah Farradia Yusof, 20, itu terjatuh dari kawasan berbukit sehingga ke perhentian bas berdekatan.

Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Prof. Dr. Azizul Halim Yahya berkata, mangsa dikatakan sedang berjalan bersama rakannya sebelum dirempuh sehingga tercampak.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang kira-kira pukul 7.30 malam ini.

"Pensyarah yang berusia 58 tahun itu menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Shah Alam," katanya yang ditemui di pekarangan Rumah Mayat HTAR dekat sini.

Jenazah pelajar tersebut akan dibawa ke kampung halamannya di Dungun, Terengganu untuk disemadikan sebaik sahaja proses bedah siasat selesai dijalankan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan kejadian tersebut.

"Setakat ini, kami tidak menerima sebarang laporan daripada pihak pelajar mahupun pensyarah berkaitan kejadian itu," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140919/je_04/Maut-dirempuh-kereta-pensyarah#ixzz3DkI04mzW  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: