Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 23 September 2014

SUKAN ASIA 2014 : Kad merah hukum Malaysia


PENJAGA gol Malaysia, Mohd. Izham Tarmizi Roslan terpaksa dipapah keluar rakan sepasukan selepas mengalami kecederaan sewaktu beraksi pada perlawanan bola sepak Sukan Asia antara Malaysia menentang Arab Saudi di Stadium Goyang, Incheon, Korea Selatan, semalam. - UTUSAN

INCHEON - "Pada saat kami dilayangkan kad merah, saya tahu Malaysia berada dalam masalah besar. Saya rasa, (Muhammad) Zubir (Mohd. Azmi) hanya melakukan asakan perlahan. Kad merah adalah keputusan yang agak keras untuk kesalahan yang dilakukan."

Itu respons pengendali skuad bola sepak bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee sebaik saja melihat pasukannya ditunjukkan jalan keluar dari Sukan Asia XVII selepas tumpas 0-3 kepada Arab Saudi dalam aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Goyang, semalam.

Beraksi dengan 10 pemain sepanjang 58 minit nyata tanggungjawab yang terlalu berat untuk dipikul anak-anak buah Kim Swee, sekali gus menyaksikan mereka menamatkan kempen di tangga ketiga kumpulan di belakang Korea Selatan dan Arab Saudi.

Permainan walaupun agak perlahan, namun seimbang pada awal babak pertama, sehinggalah tonggak pertahanan Terengganu, Zubir dibuang padang pada minit ke-32 selepas menerima kad kuning kedua kerana mengkasari pemain lawan.

Keadaan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Arab Saudi untuk mula menyusup masuk ke kubu Malaysia, namun mereka masih gagal menembusi gawang pasukan negara sehingga tamat separuh masa pertama.

Sebaik saja babak kedua bersambung, Malaysia cuba mengatur percubaan menerusi Mohd. Nor Farhan Muhammad tetapi kekurangan seorang pemain di benteng menyebabkan mereka sering membuka ruang kepada lawan untuk melakukan serangan sebelum membenarkan Arab Saudi mencipta gol pembukaan menerusi kapten, Abdullah Fareed Al-Hafith pada minit ke-56.

"Sebaik saja Arab Saudi memperoleh gol pertama, keadaan menjadi bertambah sukar. Permainan seimbang di awal saingan dan ia menjadi sedikit kelam kabut sebaik kami kehilangan Zubir, tetapi pemain masih berusaha memberikan cabaran.

"Namun gol pertama Arab Saudi menyukarkan keadaan. Pada saya, standard kedua-dua pasukan sebenarnya tidak banyak beza, kami juga ada peluang yang baik untuk mencatat kemenangan jika tidak disebabkan kad merah ini.

"Pada saya pengadil (Sivakom Pu Udom dari Thailand) memainkan peranan dalam perlawanan ini dan dia telah menyebabkan pasukan kami berada dalam kesukaran," kata Kim Swee lagi.

Selepas ketinggalan 0-1, skuad muda negara masih berusaha melakukan percubaan ke gawang lawan, termasuk menerusi rembatan kaki kanan Gary Steven Robbat pada minit ke-61 yang hanya sedikit tersasar dari pintu gol.

Begitupun sebaik saja lawan menjarakkan jurang 2-0 menerusi Majed Omar Kanabah pada minit ke-72, diikuti gol ketiga Ahmed Hassan Al Shehri pada minit ke-83, pemain negara mula berputus asa dan hanya menunggu wisel penamat ditiupkan.

Kegagalan anak-anak buah Kim Swee mara ke pusingan kedua bukan saja gagal memenuhi misi suku akhir yang ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia, malah menyaksikan pingat gangsa yang diraih pada Temasya 1962 dan 1974 kekal sebagai pencapaian terbaik bola sepak negara di Sukan Asia.

Malah, mereka juga gagal untuk sekurang-kurangnya menyamai kejayaan melayakkan diri ke pusingan kedua yang dilakukan skuad kendalian Datuk K. Rajagobal di Guangzhou, empat tahun lalu. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140922/su_05/Kad-merah-hukum-Malaysia#ixzz3E6clYwyr  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: