Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 24 September 2014

POLITIK : 4 Exco Pas turut letak jawatan

Oleh ABDUL YAZID ALIAS,br>pengarang@utusan.com.my

Empat Exco Kerajaan Negeri Selangor (dari kiri) Sallehen Mukhyi, Dr. Halimah Ali, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Ir Iskandar Abdul Samad ketika hadir di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor di Shah Alam, semalam. - BERNAMA

SHAH ALAM 23 Sept. - Empat Exco kerajaan negeri daripada Pas masing-masing meletakkan jawatan mereka selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menamatkan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor semalam.

Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, peletakan jawatan mereka berkuat kuasa semalam atas alasan pelantikan mereka sebelum ini adalah atas pilihan Abdul Khalid ketika menjadi Menteri Besar.

Selain Iskandar, tiga lagi Exco terbabit ialah Dr. Ahmad Yunus Hairi, Dr. Halimah Ali dan Sallehen Mukhyi.

"Kami dipilih ketika Tan Sri Abdul Khalid menjadi Menteri Besar. Apabila beliau sudah meletakkan jawatannya, kami juga perlu meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri.

"Kini kerajaan negeri tidak lagi mempunyai Exco. Senarai barisan Exco baharu akan diumumkan oleh Menteri Besar yang baharu. Kita tunggu lantikan baharu nanti," katanya di sini hari ini.

Abdul Khalid semalam menamatkan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor dan digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang mengangkat sumpah jawatan itu secara rasmi di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang, hari ini.

Barisan Exco yang baharu dijadual mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor Jumaat ini.

Dalam pada itu, Iskandar yang juga ADUN Cempaka ketika ditanya sekiranya ditawarkan semula jawatan Exco di bawah pentadbiran Azmin memberitahu, beliau sedia mempertimbangkannya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140924/po_03/4-Exco-Pas-turut-letak-jawatan#ixzz3ECgpSnly  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: