Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 11 September 2014

EURO 2016 : Dua gol Bale selamatkan maruah Wales


PENYERANG Wales, Gareth Bale (kiri) meraikan jaringannya bersama pemain tengah Joe Ledley dalam perlawanan kelayakan Euro 2016 di Andorra semalam. Wales menang 2-1. - AFP

ANDORRA LA VELLA, Andorra - Bintang Real Madrid, Gareth Bale menjaringkan dua gol untuk menyelamatkan maruah Wales apabila mereka bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan pasukan kerdil Andorra 2-1 dalam kelayakan Euro 2016 semalam.

Andorra - yang tidak pernah menang dalam 51 perlawanan kompetitif sejak menewaskan Macedonia pada Oktober 2004 - membuat kejutan apabila menjaringkan gol sulung pada awal perlawanan pembukaan dalam Kumpulan B itu setelah Ildefons Lima menyempurnakan sepakan penalti pada minit keenam selepas Neil Taylor menarik Ivan Lorenzo.

Itu merupakan gol kelapan Lima di peringkat antarabangsa dan menamatkan kemarau jaringan Andorra dalam perlawanan kompetitif sebanyak 18 perlawanan.

Wales pula mendapati mereka berdepan kesukaran dengan permainan bercorak fizikal pasukan tuan rumah tetapi Bale akhirnya menyamakan kedudukan menerusi tandukan pada minit ke-22.

Bagaimanapun, jika peminat Wales menyangka jaringan itu dapat meredakan rasa gemuruh pasukan mereka dan pesta jaringan akan berlaku mereka silap apabila banyak peluang dipersiakan.

Pengurus Chris Coleman diejek ketika rehat oleh kira-kira 1,500 penyokong Wales yang berada di stadium.

Namun, Bale menyelamatkan bosnya apabila dia menjaringkan gol menerusi sepakan bebas yang hebat untuk memberikan pasukan pelawat kemenangan. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140911/sl_05/Dua-gol-Bale-selamatkan-maruah-Wales#ixzz3CyIMsafY  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: