Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 23 September 2014

POLITIK : Anwar punca kekalutan dalam Pas - Dr. Mahathir



PUTRAJAYA 21 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan kekalutan yang berlaku dalam Pas kini berpunca daripada hasil kerjasama dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mendakwa, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu gemar memecah-belahkan parti dan sentiasa membawa masalah sejak menyertai UMNO sebelum dipecat.

"Ini hasil daripada kerjasama dengan Anwar, siapa-siapa bekerjasama dengan beliau akan hadapi masalah sebab suka memecah-belahkan penyokong, penyokong sendiri pun pecah-belah.

"Tengok sejarah beliau, (malah) semasa masuk UMNO bawa masalah, (apabila) beliau buat pakatan bawa masalah juga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas masalah dalaman yang berlaku dalam Pas ketika ini sehingga menimbulkan bibit-bibit perpecahan di antara kumpulan ulama dan Anwarinas.

Pertelagahan sesama ahli parti semakin ketara ketika berlangsungnya Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 di Batu Pahat, Johor, yang berakhir semalam malah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka turut mengecam tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas di Selangor sebagai 'broker' dan 'barua'.

Gelaran itu diberikan kerana mereka menyokong Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang dicadangkan PKR dan DAP bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan Rowing dan Perahu Panjang 'Head of Putrajaya 2014' di Kelab Tasik Putrajaya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, situasi sukar yang berlaku dalam parti itu merupakan pengajaran berguna kepada Pas untuk menilai semula hubungan tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP.

Sementara itu, pasukan dari Thailand mengungguli kategori bot antarabangsa lelaki dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 manakala tempat kedua dimenangi pasukan Terengganu dan ketiga dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan masing-masing memperoleh wang tunai sebanyak RM1,500 dan RM1,000.

Bagi kategori perahu panjang 20 pendayung lelaki terbuka, pasukan dari Indonesia berjaya mendapat tempat pertama diikuti pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di tempat kedua dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), ketiga.

Juara kategori itu membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,500 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing RM1,800 dan RM1,200.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140922/po_10/Anwar-punca-kekalutan-dalam-Pas---Dr-Mahathir#ixzz3E685BfDP  © Utusan Melayu (M) Bhd


No comments: