Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 22 September 2014

Tiga lagi jenazah mangsa MH17 tiba


LIOW Tiong Lai (dua dari kanan) dan Khalid Ibrahim (kanan) serta beberapa menteri Kabinet bertafakur bagi menghormati tiga jenazah mangsa tragedi MH17 yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, semalam.

SEPANG 19 Sept.- Suasana pilu dan hiba sekali lagi menyelubungi pekarangan Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH19 yang membawa tiga jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 tiba pada pukul 8.30 pagi ini.

Tiga jenazah yang dibawa pulang dari Belanda ke tanah air pada hari ini ialah Muhammad Afzal Tambi dan Marsha Azmeena Tambi iaitu anak Allahyarham Tambi Jiee yang turut terkorban dalam tragedi itu serta seorang anak kapal, Shaikh Mohd. Noor Mahmood.

Ketibaan pesawat MAS MH19 itu disaksikan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Kepulangan jenazah Muhammad Afzal dan Marsha Azmeena bermakna masih tinggal seorang lagi anak Allahyarham Tambi yang belum dikenal pasti iaitu Muhammad Afruz.

Sementara itu, jenazah Shaikh Mohd. Noor pula merupakan anak kapal pesawat MH17 terakhir yang dibawa pulang ke tanah air.

Keranda Shaikh Mohd. Noor diturunkan dari pesawat pada pukul 8.36 pagi serta diikuti keranda Muhammad Afzal dan Marsha Azmeena sebelum hadirin bertafakur selama seminit pada 8.48 pagi.

Jenazah dua beradik itu seterusnya diterbangkan ke Kuching, Sarawak menggunakan pesawat tentera C-130 Hercules sementara jenazah Shaikh Mohd. Noor dihantar ke kediamannya di Klang.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140920/dn_03/Tiga-lagi-jenazah-mangsa-MH17-tiba#ixzz3E1K4uEg9  © Utusan Melayu (M) Bhd 





No comments: