Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 23 September 2014

Keluarga mangsa pesawat MH17 saman Ukraine - MALAYSIA BILA LAGI?


IMEJ menunjukkan serpihan pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine. - Agensi

BERLIN 21 Sept. - Keluarga mangsa penumpang pesawat Malaysian Airlines MH17, warga Jerman merancang menyaman kerajaan Ukraine dan Presiden Petro Poroshenko kerana kecuaian sehingga menyebabkan 298 orang terkorban, kata peguam yang mewakili mereka.

Profesor Undang-undang Penerbangan, Elmar Giemulla yang mewakili tiga keluarga dari Jerman itu berkata, di bawah undang-undang antarabangsa, Ukraine sepatutnya menutup ruang udaranya jika tidak dapat memberi jaminan keselamatan kepada pesawat berkenaan.

"Setiap negera bertanggungjawab melindungi keselamatan ruang udara (mereka)," kata Giemulla dalam satu kenyataan yang diemel kepada Reuters.

Menurutnya, jika negara berkenaan tidak boleh berbuat demikian, ia perlu menutup ruang udaranya, tetapi Ukraine tidak bertanggungjawab dengan membiarkan kejadian itu berlaku.

Akhbar Bill am Sonntag Sunday memetik Giemulla sebagai berkata, dengan tidak menutup ruang udaranya, Ukraine bersetuju bahawa beratus-ratus orang yang tidak bersalah akan 'dibinasakan' dan ini adalah mencabul hak asasi kemanusiaan.

Pada 17 Julai lalu, pesawat MH17 terhempas di wilayah bergolak di timur Ukraine mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal dengan dua pertiga daripada penumpang adalah rakyat Belanda, manakala empat orang adalah warga Jerman.

Giemulla merancang untuk mengemukakan kes itu ke Mahkamah Eropah mengenai Hak Asasi Manusia dalam tempoh dua minggu dengan mendakwa Ukraine dan Presiden Petro Poroshenko sebagai pembunuh kerana kecuaian, dan meminta pampasan sehingga satu juta euro (RM4.2 juta) untuk setiap mangsa.

Sehingga kini, syarikat penerbangan itu telah memberi bantuan kewangan sebanyak AS$5,000 (RM16,200) kepada setiap mangsa, tetapi ia bukan merupakan bayaran pampasan yang muktamad atau menutup hak keluarga mangsa untuk membuat tuntutan, katanya. - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140922/lu_04/Keluarga-mangsa-pesawat-MH17-saman-Ukraine#ixzz3E5s7yTqe  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: