Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 23 September 2014

POLITIK : Noh: Jangan pertikai keputusan Sultan Selangor - MEMANDAILAH PULAK UMNO SELANGOR NI..


SEBAHAGIAN daripada rakyat Selangor tekun mendengar pidato daripada Noh Omar semasa Himpunan Menjunjung Kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM 21 Sept. - Rakyat diminta tidak mempertikaikan mana-mana calon yang dilantik sebagai Menteri Besar baharu yang mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, pilihan yang dibuat baginda itu sudah semestinya yang terbaik dan sebagai rakyat, mereka seharusnya akur dengan keputusan berkenaan.

"Selasa ini, Menteri Besar yang baharu akan dilantik dan bagi UMNO Selangor, kita menyokong penuh pilihan dan perkenan baginda dalam isu pemilihan ini.

"Apa yang ingin dilakukan dan dilaksanakan oleh bakal Menteri Besar yang baharu, kita tidak mahu campur tangan kerana apa yang lebih penting sebagai pembangkang di Selangor, kita mahu masalah rakyat seperti denggi segera diatasi sebelum lebih banyak nyawa melayang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam majlis Menjunjung Kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor di Seksyen 16 di sini hari ini.

Yang hadir sama ialah Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Azhari Shaari; Pesuruhjaya Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Selangor, Wan Indra Putra Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd. Zohdi.

Kira-kira 1,000 orang menyertai perhimpunan tersebut sebagai tanda sokongan terhadap Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam menentukan hala tuju kepimpinan dan masa depan rakyat negeri ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140922/po_05/Noh-Jangan-pertikai-keputusan-Sultan-Selangor#ixzz3E5x4s4xi  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: