Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 2 September 2014

Tindakan tegas ke atas penyebar

Oleh HISYAMUDDIN AYUB
utusansabah@utusan.com.my

MUHYIDDIN Yassin ditemani Musa Aman (tiga dari kiri) dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih (kiri) bersalaman dengan perwakilan UMNO dalam Persidangan Tahunan UMNO Bahagian P.177 Beaufort di Dewan Masyarakat Pa'Musa, Sipitang, Sabah, semalam. - MINGGUAN/Azrul Edham Mohd. Aminuddin

SIPITANG 30 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat negeri ini agar tidak mudah termakan hasutan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu melihat Sabah keluar dari Malaysia.

Tegas beliau, tindakan liar itu sangat berbahaya kerana boleh memecah belah perpaduan dan keamanan negara yang telah berjaya dikecapi selama ini.

Beliau berkata, dakwaan menyatakan Sabah tidak memperoleh manfaat dan tidak mencapai apa-apa kejayaan dalam Malaysia adalah satu fitnah besar.

"Hasutan yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini boleh menjejaskan semangat kerjasama yang telah terjalin utuh selama ini antara kerajaan negeri dan kerajaan Pusat.

"Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan malah tindakan tegas perlu dikenakan kepada pihak yang melakukan hasutan seumpama ini," katanya ketika berucap merasmikan Festival Antarabangsa Gasing dan Tamu Besar (GATA) Sipitang 2014 kali keenam di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin dan Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad.

Festival selama tiga hari yang bermula semalam, berjaya menarik kunjungan hampir 30,000 orang.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, hasutan agar Sabah keluar dari Malaysia merupakan sikap yang bertentangan dengan perlembagaan dan kerajaan negeri.

Tegas beliau, Sabah akan terus kekal sebagai sebuah negeri penting dalam Malaysia, sekali gus menjadi penyumbang kepada pembangunan pesat negara bersandarkan kekuatannya dalam bidang pelancongan.

"Sabah juga mempunyai kekuatan hasil bumi iaitu minyak dan gas seperti (yang ditunjukkan dalam) Projek Pembangunan Sabah Ammonia Urea (Samur).

"Projek di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang di kawasan seluas 67 hektar ini akan menjadi loji urea terbesar negara selain berpotensi menjadi pengeluar urea terbesar di Asia Tenggara," kata beliau.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140831/dn_06/Tindakan-tegas-ke-atas-penyebar#ixzz3C7su30Q0  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: