Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 2 September 2014

PPS: Guan Eng ancam ambil tindakan


LIM GUAN ENG

PULAU PINANG 29 Ogos - Kerajaan DAP Pulau Pinang memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan mempertikaikan penubuhan Pa­sukan Peronda Sukare­lawan (PPS) negeri itu.

Sambil menyatakan pendirian berdiri teguh di belakang PPS, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri akan membela anggo­tanya dengan alasan pa­sukan itu 'menjalankan' kerja-kerja membantu masyarakat.

Malah, tambahnya, pasukan ditubuhkan secara pentadbiran oleh kerajaan negeri sekali gus tidak memerlukan sebarang mekanisme atau membabitkan kuasa undang-undang.

Dalam masa sama, beliau turut menyangkal dakwaan PPS merupakan sebuah pertubuhan haram meskipun tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan membandingkannya dengan penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

"Jika JKKKP boleh ditubuhkan atas arahan kerajaan Pusat, kenapa PPS tidak boleh ditubuhkan sedangkan kita mengguna pakai peraturan sama yang digunakan untuk menu­buhkan JKKKP?

"Sebab itu kita melihat pertikaian terhadap penubuhan PPS ini sebenarnya lebih bersifat politik," kata­nya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, berdasarkan Perlembagaan dan undang-undang negara, tidak ada mana-mana negeri yang diberi kebenaran me­nubuhkan pasukan polis sendiri termasuk PPS kecuali Johor yang telah mempunyai badan berkenaan sejak dahulu lagi.

Sehubungan itu, menurut beliau, pertubuhan atau pasukan seperti PPS sepatutnya perlu mendapatkan pengiktirafan dan kelulusan terlebih dahulu sebelum boleh mengadakan sebarang aktiviti apatah lagi berkait soal menjaga kese­lamatan awam.

Sebelum ini, beberapa pihak mempertikaikan penubuhan PPS oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang yang keanggotaannya sehingga kini mencecah 10,000 orang kerana dilihat seolah-olah cuba mengambil tanggungjawab menjaga keselamatan di negeri ini.

Baru-baru ini kewujudannya turut menimbulkan kontroversi selepas anggotanya terbabit dalam kes memukul orang awam dalam dua kejadian berasingan selain disahkan bukan pertubuhan berdaftar oleh ROS.

Malah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengesahkan pihaknya akan menjalankan siasatan ke atas aktiviti PPS dan akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan dan semangat undang-undang apatah lagi sehingga kini terdapat sebanyak 16 laporan polis dibuat terhadap pertubuhan itu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140830/dn_16/PPS-Guan-Eng-ancam-ambil-tindakan#ixzz3C7bJmdgO  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: