Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 2 September 2014

POLITIK : Rafizi, Khalid Samad perlu keluar dari bumi Selangor terlebih dahulu

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

MUHAMMAD ZAHID

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Rafizi Ramli dan Khalid Abdul Samad perlu keluar dari bumi Selangor sebagaimana mereka mencabar ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas meninggalkan parti jika tidak setuju dengan usaha melantik Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar di negeri itu.

Hal demikian kerana, Rafizi yang merupakan Pengarah Strategi PKR dan Khalid selaku Ahli Jawatankuasa Pas Pusat bukan sahaja ingkar dengan titah Sultan Selangor tetapi berlaku biadab terhadap Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui tindakan serta kenyataan-kenyataan bersifat kontroversi.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, Selangor sebenarnya tidak memerlukan pemimpin yang biadab sehingga menimbulkan kemurkaan Sultan Sharafuddin sebagaimana pernah disuarakan secara terbuka oleh baginda terhadap wakil rakyat Pas itu.

"Sebelum Rafizi serta Khalid meminta ahli PKR dan Pas meninggalkan parti jika tidak setuju dengan usaha melantik Wan Azizah, mereka ini terlebih dahulu perlu keluar dari bumi Selangor atas prinsip yang sama, kerana kedua-duanya juga ingkar dan berlaku biadab terhadap titah Sultan Sharafuddin selaku ketua negeri.

"Selangor pun tidak memerlukan pemimpin yang sanggup menderhaka kepada Istana hanya kerana kepentingan politik, sedangkan kedua-duanya bertanding dalam kawasan Parlimen di Selangor," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR sebelum ini mencabar ahli yang menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu Menteri Besar Selangor supaya meninggalkan parti berkenaan sekiranya tidak berpuas hati, kerana dakwanya perbuatan tersebut sama seperti bersekongkol dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Dalam usaha menyokong usaha Anwar itu, Rafizi yang merupakan arkitek bersama 'Langkah Kajang' berkata, isu nepotisme dan kronisme juga tidak berbangkit dalam soal menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, biar pun hakikat sebenar ialah Wan Azizah merupakan isteri kepada Ketua Pembangkang tersebut.

Terbaharu, Khalid pula menggesa ahli Pas yang tidak bersetuju dengan kerjasama politik pakatan pembangkang sehingga cuba menggagalkan usaha menjadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor boleh meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO.

Mengulas lanjut, Muhammad Zahid dalam nada sinis mengucapkan tahniah kepada Khalid kerana Ahli Parlimen Shah Alam itu telah membuktikan kepada seluruh ahli Pas bahawa taat setia beliau bukan kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi ditumpahkan sepenuhnya kepada Anwar.

"Pada masa yang sama, kenyataan Rafizi serta Khalid ini juga membuktikan kepada rakyat bahawa demokrasi telah mati dalam parti berkenaan kerana baik Pas mahu pun PKR terutamanya, mereka tidak boleh melihat ahli bersuara bagi menegur kesilapan pucuk pimpinan," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140830/po_04/Rafizi-Khalid-Samad-perlu-keluar-dari-bumi-Selangor-terlebih-dahulu#ixzz3C7gKVcQa  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: