Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 2 September 2014

PIALA MALAYSIA : Pahang pilih laluan sukar ke suku akhir


PENYERANG Kelantan, Francis Forkey Doe (tengah) menanduk bola untuk menjaringkan gol ketiga pasukannya ketika menentang Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang semalam. Kelantan menang 3-1. - BERNAMA

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Pahang berdepan laluan sukar untuk ke suku akhir Piala Malaysia selepas tewas 1-2 kepada Lions XII di Stadium Darul Makmur, Kuantan dalam perlawanan Kumpulan A malam tadi.

Pada awalnya, Pahang kelihatan mampu meraih tiga mata apabila memperoleh gol pertama pada minit ke-12 hasil jaringan Dickson Nwakaeme yang menolak bola untuk menewaskan penjaga gol Lions, Mohd. Izwan Mahbud selepas menerima hantaran Azammuddin Akil.

Namun, separuh masa kedua menghidangkan skrip berbeza apabila Lions menyamakan kedudukan pada minit ke-51 menerusi tandukan Muhammad Sufian Anuar, manakala Madhu M. Mohana muncul pemusnah Tok Gajah apabila tandukannya pada minit ke-83 berjaya menewaskan penjaga gol, Mohd. Nasril Nourdin.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan A, Felda United melayakkan diri ke peringkat seterusnya apabila menumpaskan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) 3-1 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Felda memulakan aksi dengan serangan pantas yang menyaksikan mereka mendahului JDT II 3-0 menerusi jaringan Edward Junior Wilson minit kelima, Ahmad Syamin Yahya (minit 14) dan Mohd. Raimi Mohd. Noor (minit 49) manakala JDT II hanya mampu membalas melalui Nicolas Delmonte (minit 85).

Sementara itu, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan slot ke pusingan suku akhir selepas menundukkan ATM 1-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dan kekal selaku peneraju Kumpulan C selepas mengumpul 13 mata dengan saingan peringkat kumpulan berbaki satu perlawanan.

Gol kemenangan JDT hadir pada minit ke-19 menerusi gerakan solo Luciano Figueroa yang melepasi pertahanan ATM sebelum melakukan rembatan dari sudut kiri.

Di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang dibenam 1-3 oleh Kelantan sekali gus tersungkur di tangga tercorot Kumpulan C.

Pasukan pelawat membuka jaringan menerusi Wan Zaharul Nizam pada minit ke-35 sebelum Pulau Pinang menyamakan kedudukan pada minit ke-47.

Skuad bimbingan Geoarge Boateng itu menambah jaringan menerusi Mohd. Izuan Rosli sebelum Francis Forkey Doe menjadi pemusnah harapan tuan rumah menerusi gol ketiga pada minit ke-83.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140830/su_05/Pahang-pilih-laluan-sukar-ke-suku-akhir#ixzz3C7optHrG  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: