Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 2 September 2014

POLITIK : Penghasut rakyat Sabah dikenal pasti


AHMAD Zahid Hamidi (empat dari kiri) dan Ketua UMNO Bahagian Segambut, Datuk Kamaruddin Ambok (tiga kiri) melaungkan 'Merdeka' bersama perwakilan UMNO Bahagian Segambut di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (tiga dari kanan).

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Pasukan keselamatan telah pun mengenal pasti pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menghasut rakyat negara ini agar menuntut supaya Sabah keluar dari Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci kerana pihak polis akan membuat pengumuman mengenainya.

"Benar (wujud cubaan menghasut rakyat). Kita telah kenal pasti. Tunggu tindakan dan pengumuman polis," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Segambut di sini hari ini.

Pada Sabtu lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Sabah agar tidak termakan hasutan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu melihat Sabah keluar dari Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri yang mahu tindakan tegas diambil ke atas pihak berkenaan berkata kerana perbuatan liar itu sangat berbahaya dan boleh memecahbelahkan perpaduan serta keamanan negara.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail agar peka dengan gesaan akar umbi yang mahu pendakwaan segera diambil ke atas pihak yang menghina bangsa, agama dan institusi raja.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, kegagalan Abdul Gani untuk berbuat demikian sedangkan isu berbangkit menyentuh hal-hal sensitif hanya akan menyebabkan kredibiliti kerajaan terjejas.

"Polis hanya menjalankan siasatan tetapi bidang kuasa Peguam Negara untuk menentukan ada pendakwaan atau tidak, tetapi beliau pun kena peka kerana kalau tidak rakyat akan menuduh wujud pendakwaan terpilih.

"Saya bukan hendak membela polis atau mencari salah mana-mana pihak tetapi dalam hal sensitif seperti agama, bangsa dan institusi diraja ini perlu tindakan tegas dengan segera," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140902/dn_02/Penghasut-rakyat-Sabah-dikenal-pasti#ixzz3C82SHpPm  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: