Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my
ABDUL RAHIM
PULAU PINANG 1 Sept. - Polis memburu saki-baki anggota Pertubuhan Peronda Sukarela (PPS) kerajaan negeri yang dianggarkan berjumlah lebih 9,000 orang.
Sehubungan itu, Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi meminta kesemua anggota berkenaan yang masih bebas menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.
"Kita akan mengambil tindakan selanjutnya ke atas kesemua anggota PPS yang lain. Setakat ini, kita mempunyai 30 peratus daripada lebih 9,000 data anggota pasukan berkenaan dan akan mengesan mereka mengikut peringkat," katanya di sini, hari ini.
Abdul Rahim berkata, pihaknya tidak pernah menerima senarai nama anggota PPS daripada mana-mana pihak untuk tujuan tapisan keselamatan.
Menurut beliau, polis juga tidak pernah bekerjasama dengan PPS untuk melakukan sebarang rondaan bagi tujuan pencegahan jenayah seperti didakwa pihak tertentu sebelum ini.
Berhubung dakwaan Kerajaan DAP Pulau Pinang bahawa tindakan tegas polis itu bersifat politik, Abdul Rahim menegaskan, polis bertindak mengikut lunas undang-undang memandangkan PPS tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
"Kami bertindak mengikut lunas perundangan, jadi jangan libatkan kes ini dengan hal politik," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140902/je_01/Buru-saki-baki-PPS#ixzz3C81HkppA © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment